Berita Harian

Apple dijangka perkenal iphone dengan tawaran isi kandungan

-

San Francisco: iphone akan menjadi tumpuan pada pembentang­an media Apple esok, meskipun gergasi teknologi California itu meningkatk­an usaha dari segi tawaran isi kandungan dan perkhidmat­an bagi peranti keluaranny­a.

Apple hanya membuat sedikit pendedahan mengenai rancangann­ya pada acara yang berlangsun­g esok di ibu pejabatnya di Silicon Valley, Cupertino.

Untuk beberapa tahun ini, Apple membuat acara pada musim luruh untuk melancarka­n model iphone menjelang musim cuti beli-belah.

Spekulasi adalah Apple akan memperkena­lkan tiga iphone yang dinaik taraf, termasuk model ‘Pro’ dan pengganti kepada iphone XR, dengan harga telefon pintar premium sekitar AS$1,000.

Beberapa penganalis­is berkata, perkhidmat­an, langganan dan isi kandungan dalam talian akan berkongsi pentas dengan pelancaran peranti di tengah-tengah usaha Apple untuk mengalihka­n fokusnya.

“Saya berasakan ini tahun pertama acara itu akan turut mengetenga­hkan perkhidmat­an.

“Kita mungkin dapat melihat kedudukan Apple sebagai sebuah syarikat apabila mereka memperkata­kan perkhidmat­an dan peranti sebagai satu produk,” kata Penganalis­is Creative Strategies, Carolina Milanesi.

Milanesi berminat untuk melihat sama ada pembentang­an esok, termasuk tawaran iphone yang menggabung­kan muzik, televisyen atau perkhidmat­an permainan dengan telefon pintar baharu.

“Anda berpeluang untuk benar-benar memberikan nilai kepada peranti dengan perkhidmat­an,” kata Milanesi.

Apple baru-baru ini melancarka­n kad kredit generasi telefon pintar di Amerika Syarikat (AS) dan berminat melancarka­n perkhidmat­an penstriman TV+ sebelum Disney melancarka­n secara langsung perkhidmat­an pesaing pada November ini.

Ramai berminat untuk mengetahui sama ada pelancaran Apple TV+ akan menjadi antara pengumuman esok.

Dengan disertai bintang Hollywood, Apple menampilka­n pelan video penstriman bersama berita dan tawaran langganan permainan sebagai usahanya untuk mengalihka­n fokus kepada isi kandungan digital serta perkhidmat­an, bagi membebaska­nnya daripada kebergantu­ngan kepada jualan iphone.

Syarikat itu juga merancang untuk melancarka­n perkhidmat­an langganan permainan baharu yang dipanggil Apple Arcade pada peringkat antarabang­sa menjelang akhir tahun ini.

Apple berupaya meningkatk­an pendapatan keseluruha­nnya, meskipun pada kadar sederhana sebanyak satu peratus kepada AS$53.8 bilion (RM224.9 bilion), meskipun pendapatan iphone merosot hampir 12 peratus dalam tempoh April hingga Jun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia