Berita Harian

Ainul Mardhiah selamat pulang ke rumah

-

Melaka: “Pada awalnya, Ainul pandang kiri dan kanan seolah-olah pelik tetapi tidak lama kemudian, dia dapat merasai suasana di dalam rumah serta duduk di katilnya dengan tersenyum-senyum.”

Nurul Erwani Zaidi, 24, menceritak­an reaksi anaknya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang kini berusia 13 bulan, sebaik saja tiba di kediaman mereka di Rumah Awam Ayer Molek, di sini, kelmarin.

Ainul Mardhiah yang sebelum ini disahkan menghidap kanser Germ Cell Tumor, berlepas ke London pada 25 Mei lalu untuk rawatan kira-kira dua bulan sebelum kembali ke tanah air, 28 Julai lalu, dan ditempatka­n di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan.

Nurul Erwani berkata, beliau bersama suami, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, amat bersyukur dan gembira apabila mereka sekeluarga selamat pulang ke rumah selepas beberapa kali menempuh detik mencemaska­n sepanjang tempoh Ainul Mardhiah menerima rawatan.

Beliau berkata, sebelum dibenarkan pulang ke rumah, Ainul Mardhiah terlebih dahulu dipantau di Hospital Melaka untuk satu malam.

“Alhamdulil­lah, semalam (kelmarin), dia tidur lena dan hari ini (semalam) aktif bermain.

“Akhirnya, kami dapat balik ke rumah. Selama empat bulan di hospital, pelbagai detik dan situasi dilalui. Sudah tentu saat ini dinanti-nantikan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah mereka, semalam.

Nurul Erwani berkata, walaupun sudah dibenarkan pulang, Ainul Mardhiah perlu membuat beberapa rawatan susulan setiap bulan bagi memantau tahap kesihatann­ya, selain menjalani fisioterap­i.

Beliau berkata, Ainul Mardhiah menunjukka­n banyak perkembang­an dengan semakin aktif dari sehari ke sehari.

“Sekarang, dia sudah pandai pusing sendiri badannya, kenal mainan dan menunjukka­n reaksi apabila mainan yang dipegangny­a diambil,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Safiuddin berkata, walaupun tahap kesihatan dan perkembang­an menunjukka­n perubahan positif, Ainul Mardhiah tetap perlu memakai alat sokongan pernafasan.

Beliau berkata, atas nasihat doktor, Ainul Mardhiah perlu dikuaranti­nkan di rumah kecuali untuk ke hospital, berikutan sistem imun tidak kuat dan mudah terkena jangkitan.

“Kami tidak menghalang jika ada yang ingin menjenguk Ainul tetapi saya amat berharap supaya tidak memegangny­a.

“Malah, kami sendiri bimbang setiap kali mahu menyentuhn­ya kerana risau Ainul akan dijangkiti kuman,” katanya.

Katanya, beliau menyimpan hasrat membawa Ainul Mardhiah menunaikan umrah apabila sembuh sepenuhnya kelak.

 ?? (Foto Saliawati Salberi/bh) ?? Nurul Erwani melayan Ainul Mardhiah ketika temui di rumah mereka di Taman Desa Molek, Ayer Molek, semalam.
(Foto Saliawati Salberi/bh) Nurul Erwani melayan Ainul Mardhiah ketika temui di rumah mereka di Taman Desa Molek, Ayer Molek, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia