Berita Harian

Terengganu cungkil pelapis badminton seawal 7 tahun

-

Kuala Terengganu: Perjalanan pasukan badminton Terengganu disifatkan masih jauh untuk menandingi negeri lain yang menjadi jaguh dalam acara ini.

Namun, ia bukan bermakna tiada perancanga­n daripada Persatuan Badminton Terengganu mencari pelapis baharu untuk diketengah­kan lebih awal.

Presidenny­a, Azmi Mamat, berkata Sukan Terengganu 2019 (SUTERA 2019) medan terbaik untuk mencari bakat baharu bagi digilap, seterusnya melahirkan jaguh badminton negeri.

Katanya, Terengganu mempunyai ramai pelapis, menjadikan pemain muda boleh mendapat pendedahan dalam pertanding­an yang berkualiti seperti SUTERA 2019.

“Terdapat pemain pernah mewakili Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) juga turut menyertai temasya ini, jadi pemain muda boleh mendapat pendedahan dengan pemain senior apabila bertembung dalam perlawanan,” katanya selepas perlawanan akhir badminton berpasukan lelaki dan wanita SUTERA 2019 di Stadium Negeri, di sini, semalam.

Pada perlawanan akhir itu, skuad Kuala Terengganu membuktika­n keampuhan membolot dua pingat emas apabila pasukan lelaki mudah membenamka­n cabaran Marang 3-0.

Pasukan wanita Kuala Terengganu turut menang 3-1 ke atas Marang, membolehka­n Marang berpuas hati dengan dua pingat perak.

Pingat gangsa bagi kategori lelaki

SUTERA 2019 medan terbaik untuk mencari bakat baharu bagi digilap, seterusnya melahirkan jaguh badminton negeri.

Azmi Mamat, Presiden Persatuan Badminton Terengganu

disandang bersama Kuala Nerus dan Dungun, manakala kategori wanita pula jatuh kepada Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.

Azmi berkata, tumpuan Persatuan Badminton Terengganu kini juga adalah pelapis bawah umur 12 tahun untuk digilap lebih awal.

“Kita mahu membentuk pemain seawal umur tujuh tahun dan berharap ada pemain digilap seterusnya dihantar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) untuk mendapat pendedahan tertinggi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia