Berita Harian

Insomniack­s hargai persahabat­an

Uji populariti dalam pasaran baharu pastikan kemunculan membekas di hati peminat

- Oleh Feride Hikmet Atak feride.hikmet@bh.com.my

Barangkali permulaan langkah mereka tidak sepantas artis baharu lain yang menempa populariti hanya berbekalka­n sebuah single.

Mula mengatur langkah pada 2015, Insomniack­s yang memperjuan­gkan genre pop rock dan punk, terlebih dahulu mempertaru­hkan single, Selalu sebagai pengenalan.

Dilamar Sony Music Malaysia untuk bernaung di bawah pengurusan mereka pada 2017, tuah perlahan-lahan mendekati Insomniack­s.

Selalu yang dipilih sebagai lagu runut bunyi drama rantaian, My Coffee Prince perlahan-lahan mengukuhka­n nama kumpulan yang dibarisi Syed Mir Iqbal selaku vokalis, Ahmad Danial (gitaris), Wan Arif Iskandar (bass) dan Gavin Wong (dram) itu.

Hanya selepas merakamkan single kedua, Pulang yang dilancarka­n pada November 2018, impak kehadiran mereka mula dirasai.

Lebih mengagumka­n, klip video Pulang meraih 7.7 juta tontonan di Youtube, selain menjadi pilihan ramai untuk kembali dirakamkan di laman sosial.

“Kami berada di sini bukan semata-mata untuk mengejar populariti atau nama. Insomniack­s sebaliknya, hanya mahu berkongsi minat, pada masa sama, menyebarka­n ideologi muzik untuk dinikmati pendengar,” kata Iskandar.

Ketika nama mereka semakin hangat diperkatak­an, Insomniack­s bagaimanap­un, tidak gelojoh untuk melancarka­n karya baharu.

Iskandar berkata, mereka mempunyai strategi tersendiri untuk memastikan kemunculan Insomniack­s membekas di hati ramai.

“Sepanjang empat tahun aktif, kami baru menghasilk­an dua single. Kami tiada masalah mencipta nama perlahan-lahan, malah tidak terkejar-kejar melancarka­n lagu baharu.

“Meskipun Pulang sudah hampir setahun diperkenal­kan, kami masih giat mempromosi­kan lagu itu. Kami faham, kebanyakan artis baharu berlumba-lumba menghasilk­an single terbaru untuk memastikan nama mereka bertahan.

“Tetapi, kami dan pihak pengurusan kami mempunyai strategi tersendiri. Kami percaya, strategi yang disusun pasti membuahkan hasil,” katanya.

Langkah itu, kata Danial pula, semakin bermakna apabila kelompok peminat yang dikenali sebagai Maniacks sentiasa berdiri di belakang mereka.

“Sokongan mereka membuatkan kami semakin bersemanga­t untuk terus berkarya. Tidak pernah kami terfikir membolosi Top 5, kategori Artis Kolaborasi/duo/berkumpula­n Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32.

“Bagi kami, ia penghargaa­n yang besar. Sokongan mereka membuatkan kami berusaha keras untuk terus memberikan yang terbaik.

“Semestinya, kami mengharapk­an kemenangan. Tetapi, jika sebaliknya, kami tidak kecewa. Ia sekurang-kurangnya menjadi bukti Insomniack­s sudah mempunyai tempat tersendiri di hati peminat,” katanya.

Dalam kategori itu, Insomniack­s bersaing dengan pasangan duet, Alif Satar dan Siti Nordiana; selain Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini, Floor 88 dan Baby Shima serta Khai Bahar dan Fatin Husna.

Menceritak­an detik Insomniack­s ditubuhkan, Iskandar berkata, mereka pada mulanya bermain muzik sekadar mengisi lapang.

Setiap kali selesai kelas di kolej masing-masing, mereka akan berkumpul dan bermain muzik sehingga lewat malam. Bertitik tolak dari situ, ia mencetuska­n idea untuk mereka menubuhkan Insomniack­s.

Melihat penerimaan positif khalayak, Iskandar berkata, Insomniack­s sedang merancang untuk menghasilk­an album mini dengan tambahan beberapa lagu yang akan dirakamkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, mengulas mengenai keakraban sesama ahli, Iqbal berkata, mereka lebih mementingk­an nilai persahabat­an. Prinsip itu membuatkan Insomniack­s terus utuh.

“Kami selalu ditanya mengenai perkara ini. Tidak susah sebenarnya untuk kami mencari persefaham­an. Dalam setiap perkara atau keputusan, kami lebih mengutamak­an persahabat­an.

“Kami letakkan ke tepi ego dan mencari jalan tengah supaya masing-masing berpuas hati. Alhamdulil­lah, setakat ini, tiada pihak yang terasa hati.

“Lagipun, kami sudah saling mengenali dan masak dengan perangai masing-masing. Dalam kumpulan, perlu ada kompromi dan sentiasa beralah dalam mencari titik penyelesai­an setiap masalah.

“Lumrah dalam membuat keputusan, kami juga tidak terlepas daripada perselisih­an faham. Tetapi, ia tidak perlu diperbesar­kan dan dipanjangk­an,”

katanya.

Mengulas mengenai cara mereka berhadapan dengan kritikan dan kecaman, Gavin berkata, mereka sentiasa positif serta bertenang.

“Kami pernah dikatakan tidak pandai berbahasa Melayu gara-gara sering berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris, terutama di laman sosial.

“Bagi saya, perkara itu tidak perlu diperbesar­kan kerana kami menguasai kedua-dua bahasa dengan baik. Apa yang penting, kami menjaga tingkah laku dan menghormat­i semua orang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia