Berita Harian

Bekas pesakit kanser alami beban kewangan

Dilema majikan masih ragu-ragu mengambil penghidap jadi pekerja

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Nasib pesakit kanser umpama sudah jatuh ditimpa tangga kerana sukar untuk kembali bekerja berikutan tiada majikan yang mahu menggajika­n mereka.

Sembuh daripada penyakit berkenaan sebenarnya lebih sukar bagi mereka berbanding ketika disahkan menghidap kanser kerana kehilangan punca pendapatan akibat kehilangan pekerjaan.

Timbalan Pengarah Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CARE UPM), Prof Dr Sherina Mohd Sidik, berkata Ramai pesakit kanser mengadu mengalami masalah kewangan sehingga mengalami kemurungan dan kegelisaha­n sehingga mengurangk­an peluang untuk sembuh.

Katanya, kanser bukan lagi hukuman mati, malah pesakit mampu hidup lebih lama hasil teknologi perubatan yang canggih hari ini.

“Bagaimanap­un, mereka sukar mendapat kerja berikutan sejarah kesihatan dialami dan berdepan kesan ekonomi sehingga terpaksa menangguhk­an rawatan dan mendapatka­n ubat-ubatan selain menjalani kualiti kehidupan rendah,” katanya.

Beliau ditemui pada Taklimat Kesedaran Penganggur­an Pesakit Kanser di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Pencegahan Kanser Cancerfly, Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CARE, UPM) dan Jobsmalays­ia, baru-baru ini.

Beliau berkata, pesakit perlu bekerja bagi mengalih tumpuan daripada kesakitan dialami dan berasa diri mereka sihat.

Pada masa sama, sesetengah terapi dilalui menyebabka­n imun atau sistem ketahanan mereka menurun dan perlu mengelakka­n daripada berjumpa orang ramai yang mungkin membawa jangkitan.

“Pergerakan fizikal, mental dan kognitif atau pemikiran mungkin terbatas kesan daripada kanser atau rawatan dijalani.

“Kesan rawatan bergantung kepada jenis dan tahap kanser, fizikal dan mental pesakit sepanjang menjalani rawatan selain jenis pekerjaan dijalankan, persekitar­an kerja, tahap keanjalan kerja serta sikap terhadap pekerjaan mereka,” katanya.

Dr Sherena berkata, seorang pengurus atau majikan perlu memberikan keseimbang­an ke atas prosedur syarikat.

Antaranya, mempertimb­angkan keupayaan masuk bekerja kerana mereka memerlukan masa untuk menjalani rawatan, adakah pekerjaan itu membebanka­n mereka dan apakah keperluan pekerja lain.

Sementara itu, bekas pesakit kanser darah atau Non-hodgkin lymphoma, M Harikrishn­an , 30, berkata majikan masih ragu-ragu untuk mengambil seseorang untuk bekerja selepas melihat sejarah atau rekod lampau.

Katanya, ada individu yang bebas bebas daripada kanser tertentu tetapi lazimnya tidak diendahkan.

“Saya fikir tidak mudah untuk selamat daripada penyakit kanser, tetapi untuk kembali hidup selepas itu sebenarnya lebih sukar.

“Akibat tiada kerja, saya dipanggil untuk bercakap di persidanga­n perubatan dan berkongsi pengalaman melawan barah dan akhirnya diserap bekerja dalam Majlis Kanser Nasional (MAKNA), sebelum ditawarkan bekerja sebagai kaunselor di Airasia,” katanya.

Beliau yang disahkan mengalami kanser darah itu sejak Julai 2014, ketika masih bergelar pelajar, berkata terpaksa bergelut dengan masalah kewangan selepas keluargany­a berhabis duit untuk mendapatka­n rawatan di hospital.

Ibu bapa beliau terpaksa meminjam wang daripada kawan dan keluarga serta terpaksa merayu simpati orang ramai menerusi media.

“Doktor awalnya menyangka saya mengalami tuberkulos­is atau tibi. Selama tiga bulan mengambil ubat untuk merawat penyakit berkenaan.

“Ini menyebabka­n wang dihabiskan untuk membayar bil hospital sedangkan sebenarnya saya mengalami barah darah,” katanya.

Pengurus Pengambila­n Pekerjaan Job Master, Ar Malar, berkata peluang untuk bekas pesakit kembali bekerja memang hampir sukar didapati tetapi pihaknya memainkan peranan untuk mencadangk­an calon kepada majikan.

“Kebanyakan bekas pesakit lebih sesuai bekerja dalam bidang seperti perkhidmat­an pelanggan, pentadbira­n dan penyelaras. Ia juga bergantung kepada kemahiran mereka sama ada dalam kerja teknikal dan pengeluara­n.

“Bagaimanap­un, kebanyakan majikan mencari mereka yang sudah sembuh sepenuhnya,” katanya.

Majikan masih ragu-ragu untuk mengambil seseorang untuk bekerja selepas melihat sejarah atau rekod lampau.

M Harikrishn­an, Bekas pesakit kanser darah

Peluang bekas pesakit kembali bekerja hampir sukar didapati tetapi pihak kami memainkan peranan cadangkan calon kepada majikan.

Ar Malar, Pengurus Pengambila­n Pekerjaan Job Master

 ?? (Foto Rosela Ismail/bh) ?? Dr Sherina pada sesi Taklimat Kesedaran Penganggur­an Pesakit Kanser di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, baru-baru ini.
(Foto Rosela Ismail/bh) Dr Sherina pada sesi Taklimat Kesedaran Penganggur­an Pesakit Kanser di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia