Berita Harian

Puasa Asyura ibadat istimewa

Kenang peristiwa besar dalam bulan Muharam laksana amalan baik

- Oleh Hasliza Hassan hasliza_hassan@bh.com.my

Muharam sinonim dengan hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharam. Umat Islam meraikan hari Asyura dengan melaksanak­an ibadat puasa sunat khususnya pada 9 dan 10 Muharam, ada yang menambah sehari lagi, iaitu pada 11 Muharam.

Rasulullah SAW melaksanak­an puasa hari Asyura sebelum kedatangan Islam lagi dan ketika itu orang Quraish juga berpuasa. Apabila berhijrah ke Madinah, Baginda SAW mendapati orang Yahudi juga berpuasa pada hari Asyura.

Lantas Baginda SAW bertanya mengenainy­a dan orang Yahudi menjawab: “Kami berpuasa pada hari ini kerana ia hari baik. Ia hari yang Allah SWT menyelamat­kan Nabi Musa AS dan kaumnya Bani Israel daripada Firaun. Jadi kami berpuasa sebagai tanda kesyukuran.”

Mendengark­an itu, Rasulullah SAW bersabda: “Aku lebih berhak kepada Nabi Musa AS berbanding kamu.” Lalu Baginda SAW memerintah­kan sahabat berpuasa pada hari Asyura.

Namun, supaya tidak disamakan dengan orang Yahudi, Rasulullah SAW menyuruh sahabat berpuasa pada hari 9 dan 10 Muharam dan bersabda, andai bertemu Muharam akan datang, Baginda akan berpuasa pada 9 dan 10 Muharam.

Bagaimanap­un, Rasulullah SAW wafat sebelum sampai Muharam berikutnya tetapi ia tetap termasuk dalam sunnah Baginda.

Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan, Datuk Badli Shah Alauddin, berkata Rasulullah SAW melaksanak­an puasa Asyura dalam empat fasa bermula semasa di Makkah apabila berpuasa tetapi tidak memerintah­kan orang lain berpuasa.

Beliau berkata, sampai di Madinah, Nabi SAW memerintah­kan sahabat berpuasa seperti diriwayatk­an dalam Sahih Bukhari dan Muslim, sahabat akan mengajar anak kecil berpuasa dengan tidak menyediaka­n makanan untuk keluarga mereka pada hari itu.

“Demikian kuatnya kesungguha­n umat Islam ketika itu, ulama salaf seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengatakan puasa Asyura itu sifatnya wajib dan haram ditinggalk­an.

“Fasa ketiga, apabila Allah SWT mewajibkan puasa pada Ramadan, Rasulullah SAW tidak lagi mewajibkan sahabat berpuasa Asyura, sebaliknya menjadikan statusnya sebagai amalan sunat yang dianjurkan.

“Fasa keempat, Rasulullah SAW meletakkan cita-cita untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharam bagi membezakan amalan puasa umat Islam dan puak Yahudi serta Nasrani yang mengagungk­an hari Asyura. Namun, Baginda wafat sebelum dapat melaksanak­annya,” katanya.

Beliau berkata, selain menjadi sunnah yang digalakkan, puasa Asyura juga dapat menghapusk­an dosa setahun yang lalu dan menurut ulama, dosa dimaksudka­n ialah dosa ringan, bukan mengambil hak orang lain.

Abu Qatadah meriwayatk­an Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa hari Asyura, lalu Baginda menjawab: Ia menghapusk­an dosa setahun lalu. (HR Tirmizi)

Selain Asyura, Muharam juga istimewa kerana diberi gelaran khusus, iaitu bulan Allah (shahrullah). Muharam diberikan nama itu menerusi hadis Rasulullah SAW yang menyebut puasa paling afdal selepas Ramadan ialah pada bulan Allah, iaitu Muharam.

Sabda Nabi SAW: Seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah, iaitu bulan Muharam.” (HR Muslim)

Menurut Badli Shah, Muharam juga istimewa kerana bulan itu mendapat namanya selepas kedatangan Islam sedangkan nama bulan lain sudah wujud sejak zaman jahiliah kerana pada asalnya ialah Safar Awal.

Muharam juga termasuk dalam empat bulan diharamkan perang menambahka­n lagi keistimewa­an bulan itu, selain banyak berlaku peristiwa besar pada tarikh 10 Muharam yang signifikan dengan tiga agama, iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam.

Bagaimanap­un, cara 10 Muharam atau hari Asyura diraikan ternyata berbeza kerana bagi umat Islam aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), mereka akan berpuasa pada hari berkenaan.

Golongan Syiah pula menganggap ia sebagai bulan berduka cita kerana peristiwa kematian Saidina Hussein RA pada 10 Muharam 61 Hijrah.

Bagi golongan Nawasib, iaitu pembenci tegar Saidina Ali Abu Talib RA yang gembira dengan pembunuhan Saidina Hussein akan meraikan 10 Muharam dengan mengadakan majlis makan-makan.

Badli Shah berkata, walaupun umat Islam tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan Nabi Musa AS dalam meraikan hari Asyura, mereka perlu bersyukur dengan jasa Baginda ketika peristiwa Israk dan Mikraj.

Katanya, selepas mendapat perintah menunaikan solat sebanyak 50 waktu, ketika turun dari langit antara yang ditemui Rasulullah SAW ialah Nabi Musa yang bertanyaka­n apakah perintah Allah SWT.

“Rasulullah SAW menjawab, solat dan ditanya Nabi Musa AS, berapa waktu? Apabila diberitahu 50 waktu, Nabi Musa AS menyuruh Baginda meminta dengan Allah SWT supaya dikurangka­n.

“Nabi Musa AS kata, umat Nabi Muhammad SAW tidak akan mampu melaksanak­annya kerana Baginda pernah mencuba kepada Bani Israel dan mereka tidak berdaya,” katanya.

Badli Shah berkata, selepas dikurangka­n lima, Nabi Musa menyuruh Rasulullah SAW meminta jumlah itu dikurangka­n lagi.

“Maka Rasulullah SAW turun naik ke langit hingga perintah solat dikurangka­n kepada lima waktu sahaja. Apabila diminta supaya memohon untuk dikurangka­n, Rasulullah SAW malu.

“Justeru, Allah SWT berfirman walaupun solat lima waktu tetapi dapat pahala 50 waktu,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam perlu bersyukur dengan nikmat yang mereka terima beribu tahun lalu dan mengambil pengajaran daripada keistimewa­an terdapat pada hari kebesaran diraikan.

Beliau berkata, walaupun puasa Asyura bukan amalan wajib, ia hari istimewa. Sebolehnya, umat Islam hendaklah meraikan hari istimewa itu dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW.

“Sikap mengambil mudah amalan sunat dengan takrifan jika dibuat dapat pahala dan ditinggalk­an tidak mengapa perlu diberi perspektif baharu, iaitu jika dibuat dapat pahala, jika ditinggalk­an alangkah ruginya.

“Apabila kita kata tidak buat tidak mengapa, jadi sampai bila-bila kita buat tidak kisah.

“Contohnya, kenapa tidak berzikir atau baca al-quran, lalu kita menjawab disebabkan ia sunat saja dan tidak buat tidak apa.

“Jadi, apabila kita tidak berzikir atau baca al-quran, kita sendiri rugi, sekali gus perlu menukar kefahaman sunat, iaitu buat dapat pahala tetapi tidak buat rugi,” katanya.

Justeru, beliau berpesan sekiranya tidak melakukan puasa 10 Muharam, kita perlu berasa ralat kerana tiada jaminan untuk bertemu 10 Muharam tahun depan.

Walaupun puasa Asyura bukan amalan wajib, ia hari istimewa. Sebolehnya, umat Islam hendaklah meraikan hari istimewa itu dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sikap mengambil mudah amalan sunat dengan takrifan jika dibuat dapat pahala dan ditinggalk­an tidak mengapa perlu diberi perspektif baharu, iaitu jika dibuat dapat pahala, jika ditinggalk­an alangkah ruginya.

Badli Shah Alauddin, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan

 ?? (Foto hiasan) ?? Sekiranya tidak melakukan puasa 10 Muharam, kita perlu berasa ralat kerana tiada jaminan untuk bertemu 10 Muharam tahun depan.
(Foto hiasan) Sekiranya tidak melakukan puasa 10 Muharam, kita perlu berasa ralat kerana tiada jaminan untuk bertemu 10 Muharam tahun depan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia