Berita Harian

Rakyat Asia terperangk­ap dalam ‘negara sendiri’

Dasar tinggalan sejarah jadikan penduduk berasa terasing berada di negara lain

- Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bh.com.my

Kuala Lumpur: Masyarakat Asia Tenggara masih terperangk­ap dalam ‘negara sendiri’ apabila tidak memahami dan mengenali sejarah negara jiran mereka yang sebenarnya tidak jauh berbeza.

Ini menyebabka­n mereka kurang bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkina­n yang akan melanda Asia Tenggara sesuai dengan kedudukan pentingnya dalam peta geopolitik.

Pensyarah dan sejarawan, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, Prof Farish A Noor, berkata semua ini disebabkan dasar tinggalan penjajah yang hingga kini masih wujud dalam kalangan hampir setiap negara di rantau ini.

“Penjajahan memecahkan negara di Asia Tenggara dalam kotak kecil yang menyebabka­n setiap kita berasa terasing apabila berada di negara lain di wilayah ini.

“Ini tidak berlaku di Eropah kerana mereka memahami dan mengetahui sejarah wilayah sendiri,” katanya dalam Syarahan Awam Contempora­ry Neocolonia­lism in the Malay World: Have We Learnt From History di Institut Pemikiran Islam Antarabang­sa dan Tamadun Melayu (ISTAC), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), di sini.

Tegas Farish, tidak ada perkara baharu yang berlaku di sekeliling kita sekiranya sejarah itu diambil tahu dan difahami.

“Penjajahan yang silih berganti di alam Melayu ini membawa pelbagai naratif dalam usaha mereka ‘menghalalk­an’ perbuatan mereka.

“Hal ini adalah disebabkan penjajahan ke atas negara di Asia Tenggara bukan hanya sekadar penguasaan tanah, bahkan mengenai geopolitik kerana kedudukan rantau ini yang berada di laluan utama Timur-barat,” katanya.

Mengambil contoh pergeseran antara Amerika Syarikat (AS) dan China ketika ini, Farish mencetuska­n persoalan di manakah kedudukan negara Asia Tenggara atau pertubuhan seperti ASEAN dalam tempoh 10 tahun lagi.

Kata Farish, apakah masyarakat di Asia Tenggara mempelajar­i sejarah dan bersedia untuk menghadapi­nya atau masih melihat keadaan sebegini sebagai perkara baharu.

“Penjajahan selalunya bermula dengan naratif. Misalnya British menjajah Jawa selama enam tahun, bermula 1811 hingga 1816.

“Thomas Stamford Raffles sebagai gabenor ketika itu disifatkan sebagai lelaki budiman yang membantu mentamadun­kan Jawa.

“Orientalis tidak pernah menyebut mengenai pertumpaha­n darah yang berlaku sepanjang tempoh itu sebelum ia diserahkan kepada Belanda, iaitu sekutu British pada 1817 menerusi Perjanjian Inggeris-belanda 1814,” katanya

Raffles juga digambarka­n sebagai manusia bertamadun sedangkan Jawa dikatakan pulau unik tetapi masyarakat­nya tidak tahu menguruska­n diri sendiri, justeru mereka tidak boleh maju tanpa bantuan bangsa asing.

Hal ini, tegas Farish, adalah persepsi penjajah dan justifikas­i untuk revolusi budaya. Keadaan yang sama berlaku di Burma (Myanmar) dengan naratif yang berbeza.

Orientalis seperti Dr John Crawfurd menggambar­kan orang Burma sebagai bangsa agresif, sombong dan sentiasa hendak berperang.

“Crawfurd kerap bercakap mengenai Burma yang bersiap sedia untuk berperang, sedangkan ia satu tindakan yang normal untuk sebuah negara yang sedang diancam penjajah.

“Waktu itu syarikat Hindia Timur British memiliki lebih 200,000 tentera dan peperangan dengan Burma berlanjuta­n dalam tiga siri bermula 1824 dan berakhir pada 1885,” katanya.

Peperangan itu hanya berakhir apabila Burma tewas dan diletakkan sebahagian daripada British India yang ditadbir dari India.

Di alam Melayu, naratifnya adalah orang Melayu adalah lanun. Jika berlaku rompakan kapal antara Belanda dan British, ia diistilahk­an sebagai peperangan namun halnya berbeza jika ia membabitka­n kapal Melayu.

 ??  ?? Dr Farish berucap Syarahan Awam Contempora­ry Neocolonia­lism in the Malay World: Have We Learnt From History di Institut Pemikiran Islam Antarabang­sa dan Tamadun Melayu (ISTAC), UIAM.
Dr Farish berucap Syarahan Awam Contempora­ry Neocolonia­lism in the Malay World: Have We Learnt From History di Institut Pemikiran Islam Antarabang­sa dan Tamadun Melayu (ISTAC), UIAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia