Berita Harian

Panggung Rakyat peluang warga kota selami seni, budaya

-

Kuala Lumpur: Panggung Rakyat yang akan berlangsun­g di Jalan Raja, setiap Sabtu minggu ketiga, bakal memberikan pengalaman menyeluruh buat warga ibu kota menyelami seni dan budaya yang membentuk sejarah kebudayaan negara sejak berabad lamanya.

Panggung Rakyat pertama baru-baru ini dibuka dengan persembaha­n makyung, iaitu seni asli dan penting dalam sejarah negara yang berasal dari Kelantan dan dirasmikan Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abd Samad.

Khalid berkata, inisiatif Agensi Pembanguna­n Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) dalam membawakan Panggung Rakyat adalah tepat dalam memastikan kesenian dan kebudayaan warisan negara tidak dilupakan serta dapat diwarisi generasi akan datang.

Malaysia sendiri katanya, tidak akan menjadi negara hari ini tanpa kehadiran budaya, warisan dan yang paling penting rakyatnya.

“Inisiatif CENDANA ini adalah sangat bertepatan dalam memastikan elemen penting sejarah ini tidak dilupakan.

“Justeru budaya akan sentiasa kekal sebagai tunjang dalam dasar perbandara­n negara selagi Wilayah Persekutua­n dan kesejahter­aan bandar berada di bawah kementeria­n saya,” katanya.

Turut menyaksika­n pembukaan Panggung Rakyat bersama Khalid ialah isterinya, Dr Zaitun Abu Bakar; Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez dan Pengarah Eksekutif (Pembanguna­n Sosioekono­mi) DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff.

Selain makyung, acara seni dan budaya lain dalam persembaha­n terbuka Panggung Rakyat termasuk Tarian Portugis pada 21 September ini; Tarian Ronggeng (19 Oktober); Tarian Kuda Kepang (16 November) dan Tarian Bhangra (21 Disember).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehuddi­n, berkata pihaknya sentiasa berusaha mencari kaedah bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai kepentinga­n seni dalam sejarah tanah air.

“Selepas hampir setahun, CENDANA gembira dapat membawakan persembaha­n seni tradisiona­l melalui Panggung Rakyat demi memastikan kesenian dan kebudayaan ini dapat terus dinikmati,” katanya.

Selain DBKL, CENDANA turut menjalin kerjasama dengan Pusat Kajian dan Dokumentas­i Pementasan Tradisiona­l (PUSAKA) dan Pusat Penyelidik­an Seni Persembaha­n Nusantara (NUSPARC) bagi membawakan Panggung Rakyat buat penggemar seni dan budaya di negara ini.

 ??  ?? Pesembahan makyong sempena pembukaan Panggung Rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Pesembahan makyong sempena pembukaan Panggung Rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia