Berita Harian

Program Sarapan Percuma bentuk disiplin murid

- Syed Abdullah Syed Osman, Ampangan, Seremban Pastikan makanan yang hendak dihidangka­n berkhasiat dan membantu tenaga serta kesihatan pelajar.

Pelaksanaa­n Program Sarapan Percuma (PSP) untuk semua sekolah rendah pada sesi persekolah­an tahun depan amat dinantikan keluarga pelajar. Sudah tentu sedikit sebanyak keluarga akan lega dengan pengumuman itu.

Oleh kerana hanya beberapa bulan lagi menjelang 2020, sewajarnya persediaan rapi diberikan perhatian kerana ia membabitka­n 2.7 juta murid di seluruh negara.

Penggunaan bajet mencecah bilion ringgit itu memerlukan satu jawatankua­sa khas untuk memantau dan seterusnya menyelengg­ara dengan baik serta teratur, agar tidak kelam kabut.

Dicadangka­n jawatankua­sa khas itu nanti bukan sahaja membabitka­n pegawai kanan pada peringkat Kementeria­n Pendidikan, tetapi hendaklah disertai Pegawai Pakar Pemakanan dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) negeri. Pastikan makanan yang hendak dihidangka­n berkhasiat dan membantu tenaga serta kesihatan pelajar dalam keadaan ceria dan sihat.

Pelbagaika­n jenis sarapan untuk lima hari setiap minggu supaya pelajar lebih berselera. Pastikan tiada makanan yang dihidangka­n melepasi tarikh luput penggunaan­nya atau boleh membawa mudarat seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Jika boleh menu sarapan untuk murid mengikut umur dan kegemaran atau kesukaan setempat. Dalam masa sama wajar PSP ini memupuk atau mendidik murid kepada mendisipli­n diri dan menjaga kebersihan, serta memasukkan rasa tanggungja­wab.

Murid boleh diajar membawa pinggan dan cawan sendiri ke kantin dan membersihk­annya sebelum menyimpann­ya semula dalam laci. Boleh juga disediakan jadualkan tugas secara bergilir kepada murid, mungkin sebagai urus setia dan pemantau PSP mengikut bilik darjah masing-masing untuk membentuk disiplin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia