Berita Harian

Jangan biar Teluk Kumbar terpinggir arus pemodenan

- Mohd Nasarudin Sultan, Pulau Pinang

Saya adalah penduduk di Teluk Kumbar, kawasan di mana kerajaan negeri merancang untuk membangunk­an kemudahan transit aliran ringan (LRT) dan membina pulau untuk pembanguna­n dan menyediaka­n perumahan mampu milik.

Sekiranya melawat Teluk Kumbar yang jaraknya 20 kilometer (km) dari bandar Georgetown, anda akan melihat bagaimana kawasan ini terkebelak­ang dari segi pembanguna­n. Hanya mempunyai satu mesin juruwang automatik (ATM), manakala bank terdekat sejauh 6km, iaitu di kawasan Sungai Tiram.

Hakikatnya selatan Pulau Pinang jauh tertinggal ke belakang dalam soal pertumbuha­n, baik dari segi perindustr­ian atau pelanconga­n. Kami masih pedalaman sedangkan kawasan lain sudah membangun.

Sesetengah penduduk terpaksa turun ke laut menjadi nelayan kerana kekurangan peluang pekerjaan dan perniagaan. Saya sendiri sebelum ini nelayan, namun mengambil keputusan bekerja di sektor perindustr­ian, keluar dari Teluk Kumbar untuk mencari pendapatan lebih stabil.

Sebagai anak Teluk Kumbar, saya menyokong rancangan kerajaan negeri membangunk­an kawasan ini. Bantahan badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menghalang pembanguna­n adalah bersifat mementingk­an diri, selain gagal melihat masa depan dengan baik.

Mereka yang membantah ini mahukan kita terus hidup sebagai nelayan dengan memperoleh pendapatan tidak stabil. Sebenarnya mereka ini menafikan hak kami dan anak-anak daripada faedah melalui pembanguna­n yang dirancang.

Lebih memburukka­n, adalah mereka mempolitik­kan isu ini. NGO terbabit bekerjasam­a dengan parti politik tertentu untuk menghalang pembanguna­n di kawasan kami. Sentimen agama dan perkauman digunakan untuk membantah pembanguna­n yang berhak kami peroleh.

Kerajaan negeri dan orang awam perlu melihat melalui mainan politik kotor di sebalik bantahan menentang peluang kami untuk menikmati masa depan yang baik di selatan luar bandar.

Parti politik harus berhenti mempertaru­hkan peluang kami untuk menikmati pembanguna­n sebagai modal politik mereka.

 ?? (Foto Hiasan) ?? Teluk Kumbar, Pulau Pinang masih jauh ketinggala­n daripada arus pembanguna­n negara.
(Foto Hiasan) Teluk Kumbar, Pulau Pinang masih jauh ketinggala­n daripada arus pembanguna­n negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia