Berita Harian

Pilih permainan rangsang minda anak

- Shafaruniz­a Mahadi, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UITM) Johor

Anak ialah anugerah indah untuk sesebuah keluarga. Mereka diibaratka­n kain putih, lantas ibu bapa dan keluarga berperanan besar dalam mewarnakan dan mencorakka­n kehidupan anak-anak.

Kehidupan pada zaman moden ini tidak sama ketika era 90-an dan sebelumnya. Dahulu, anak-anak bermain di bawah pokok, di bendang sawah dan di tepi sungai. Mereka juga bermain gasing, congkak, batu seremban dan sebagainya. Pada hari ini jarang kita dapat lihat situasi seperti ini lagi.

Hari ini, ibu bapa sanggup membeli pelbagai mainan untuk mengambil perhatian anak. Cara ini dapat mengelakka­n anak daripada merayau keluar rumah atau membazir masa melepak bersama rakan serta membuat perkara tidak berfaedah.

Ini juga berlaku adalah disebabkan oleh faktor keselamata­n yang amat dititikber­at ibu bapa ketika ini.

Bagaimanap­un, dalam memastikan anak membesar secara normal, adakah ibu bapa membuat pilihan tepat dalam memilih barang mainan untuk mereka?

Ibu bapa disarankan rajin membaca forum di laman sesawang berkaitan pemilihan mainan bersesuaia­n dengan peringkat umur. Ibu bapa juga harus memastikan mainan dapat membantu merangsang minda dan daya kreatif anak.

Hari ini terlalu banyak barangan permainan dijual di kedai serbaneka mahupun pasar raya. Lantas ibu bapa jangan terlalu obses dan syok sendiri ketika membeli barang mainan tanpa melihat label, fungsi dan ciri-ciri keselamata­n.

Ibu bapa disarankan mengelak menjadikan gajet seperti telefon pintar sebagai barang mainan anak kerana ia mempunyai kesan jangka panjang yang tidak baik untuk perkembang­an mereka. Gajet boleh mengganggu perkembang­an sosial anak dan mengurangk­an daya kreativiti mereka.

Ibu bapa hari ini mempunyai cabaran besar dalam mendidik anak milenium generasi A. Kepesatan pembanguna­n dan teknologi menyebabka­n sebilangan ibu bapa berbelanja besar dalam memastikan anak dapat bermain sambil belajar supaya tidak ketinggala­n.

Permainan disediakan tidak perlu mahal, tetapi perlulah berkualiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia