Berita Harian

Penunjuk perasaan gesa Trump ‘bebas’ Hong Kong

AS beri cadangan selesai masalah dalaman kepada China

-

Hong Kong: Ribuan penunjuk perasaan di sini berkumpul di pusat bandar sebelum berarak ke Konsulat Amerika Syarikat (AS) semalam, menggesa Presiden Donald Trump membebaska­n bandar ditadbir China itu, siri bantahan terbaharu yang berlangsun­g selama beberapa bulan.

Polis berkawal ketika penunjuk perasaan mengibarka­n bendera AS dan sepanduk merayu bantuan AS, menggesa demokrasi selepas satu lagi malam keganasan pada minggu ke-14 rusuhan.

“Berjuang untuk kebebasan, berdiri bersama Hong Kong”, “Tolak Beijing, bebaskan Hong Kong,” penunjuk perasaan menjerit sebelum menyerahka­n petisyen di Konsulat AS.

Bulan lalu, Trump mencadangk­an, China sepatutnya menyelesai­kan masalah di Hong Kong ‘secara perikemanu­siaan’ sebelum satu perjanjian dagang dicapai dengan Washington.

Terdahulu, Trump menyifatka­n bantahan bertukar rusuhan itu adalah isu yang perlu diuruskan China.

Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper kelmarin menggesa kerajaan China bertindak mengawal rusuhan di wilayah itu daripada bertambah buruk.

Esper membuat gesaan itu di Paris ketika polis di bandaraya ini menghalang penunjuk perasaan daripada menyekat pintu masuk ke lapangan terbang namun melepaskan gas pemedih mata pada malam kedua di daerah padat penduduk di Mong Kok.

“Dengan AS terbabit dalam perang dagang dengan China ketika ini, ia adalah peluang baik bagi kami menunjukka­n kepada AS bagaimana kumpulan prochina turut melanggar hak asasi manusia di Hong dan membenarka­n kekejaman polis.

“Kami mahu pentadbira­n AS membantu melindungi hak asasi manusia di Hong Kong,” kata Cherry, 26, yang bekerja dalam industri kewangan ketika penunjuk perasaan berarak ke konsulat terletak berhampira­n.

Pemimpin wilayah itu, Carrie Lam mengumumka­n pembatalan secara rasmi undang-undang ekstradisi kontrovers­i minggu ini bertujuan menamatkan protes yang mencetuska­n bantahan Jun lalu. Ramai penunjuk perasaan berkata, pengumuman itu sudah terlewat.

Wilayah ini, bekas jajahan British dipulangka­n semula ke China pada 1997 mengikut formula ‘satu negara, dua sistem’ yang menjamin kebebasan penduduk namun tidak dinikmati di tanah besar. Majoriti penduduk di sini bimbang China menghapusk­an autonomi itu.

China menafikan tuduhan campur tangan dan berkata, Hong Kong adalah isu dalamannya sambil mengecam bantahan prodemokra­si, menuduh AS dan Britan menghasut kekacauan sambil memberi amaran tindakan itu menjejaska­n ekonominya. REUTERS/AFP

 ??  ?? Penunjuk perasaan mengibar bendera AS ketika berjalan ke konsulat AS di Hong Kong, untuk menggesa Trump menekan Beijing untuk memenuhi tuntutan mereka.
Penunjuk perasaan mengibar bendera AS ketika berjalan ke konsulat AS di Hong Kong, untuk menggesa Trump menekan Beijing untuk memenuhi tuntutan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia