Berita Harian

Syiah, tentera bertembung di Kashmir

-

Srinagar: India menguatkua­sakan perintah berkurung di beberapa bahagian rantau Kashmir selepas pertembung­an antara pasukan keselamata­n dan penduduk Syiah yang mengadakan perarakan, kata pihak berkuasa dan saksi.

Sekurang-kurangnya 12 penduduk tempatan dan enam askar cedera malam kelmarin, kata pihak berkuasa ketika penganut terbabit mengadakan perarakan sempena bulan Muharram bertembung dengan tentera yang cuba menghentik­annya.

Tentera menggunaka­n gas pemedih mata dan senapang angin ke arah penduduk yang bertegas meneruskan perarakan, diadakan setiap tahun serta membaling batu ke arah pasukan keselamata­n.

“Pertembung­an berterusan sehingga lewat malam di mana tentera melepaskan gas pemedih mata dan senapang angin,” katanya.

Dalam pada itu Penasihat Keselamata­n India, Ajit Doval berkata, kelonggara­n sekatan komunikasi di Kashmir, bergantung kepada tindakan Pakistan berhenti mengerah ‘pengganas’ dan menghasut rusuhan di sana, kata penasihat keselamata­n negara itu kelmarin.

Selepas lebih sebulan India melucutkan status khas autonomi di rantau bergolak dan melaksanak­an sekatan tegar, rangkaian telefon bimbit dan internet kekal terputus kecuali di beberapa tempat.

Doval berkata, talian tetap kini berfungsi sepenuhnya namun kelonggara­n lanjut bergantung kepada Pakistan, yang dikatakan beliau menghantar 230 militan ke rantau itu.

“Menarik balik sekatan komunikasi bergantung bagaimana tindakan Pakistan. Kami berhak melindungi penduduk Kashmir daripada pengganas Pakistan walaupun kami terpaksa melaksanak­an sekatan,” kata Doval.

Doval berkata, India memintas mesej dihantar ‘menara komunikasi’ Pakistan berhubung sempadan ketenteraa­n kepada pengendali dalam Kashmir ditadbir India. REUTERS/AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia