Berita Harian

Portugal kembali bernafas

-

Belgrade: Juara Eropah Portugal menghidupk­an kembali kempen kelayakan Euro 2020 dengan kemenangan 4-2 ke atas Serbia dalam saingan Kumpulan B, semalam.

Jaringan William Carvalho, Goncalo Guedes, Cristiano Ronaldo dan Bernardo Silva melonjak Portugal ke tangga kedua kumpulan dengan lima mata daripada tiga perlawanan, lapan di belakang pendahulu Ukraine yang mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan selepas kemenangan 3-0 di Lithuania.

Luxembourg di tangga ketiga dan Serbia keempat masingmasi­ng mengumpul empat mata daripada empat perlawanan manakala Lithuania tercorot dengan satu mata.

Pengendali Portugal, Fernando Santos yang membawa pasukan itu menjuarai Euro 2016 di Perancis dan memenangi gelaran sulung Liga Negara-negara, berpuas hati dengan persembaha­n anak buahnya.

“Kami menunjukka­n kreativiti dan melancarka­n serangan dalam persembaha­n mantap yang amat diperlukan untuk menewaskan skuad Serbia yang amat bagus,” kata Santos.

“Mendapatka­n gol pembukaan sebelum rehat cukup penting dan di babak kedua kami menguasai permainan. Kami mengatasi barisan tengah mereka dan berhak dengan kemenangan ini.

“Kemenangan ini seharusnya meningkatk­an keyakinan kami menjelang kunjungan ke Lithuania pada Selasa dan hanya kemenangan yang dicari kerana ini kumpulan yang sukar.”

Carvalho meletakkan Portugal di depan pada minit ke-42 dan Guedes melebarkan kedudukan 13 minit selepas rehat.

Nikola Milenkovic merapatkan jurang pada minit ke-68 sebelum Ronaldo, yang diejek penyokong tuan rumah setiap kali mendapat bola, menambah jaringan untuk Portugal 10 minit sebelum tamat permainan.

Aleksandar Mitrovic menjaringk­an gol kedua Serbia lima minit kemudian tetapi Silva memastikan tiga mata buat Portugal pada minit ke-86. REUTERS

Kami menunjukka­n kreativiti dan melancarka­n serangan dalam persembaha­n mantap yang amat diperlukan untuk menewaskan skuad Serbia yang amat bagus.

Fernando Santos, Pengendali Portugal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia