Berita Harian

Kane dedah rahsia sempurna penalti

Lakar hatrik bantu England belasah Bulgaria

-

London: Harry Kane mendedahka­n rahsia kejayaanny­a menyempurn­akan dua sepakan penalti ketika membantu England menewaskan Bulgaria 4-0, awal pagi semalam.

Bintang Tottenham Hotspur itu menjadi watak penting memimpin The Three Lions melakar satu lagi kemenangan pada kempen kelayakan Euro 2020.

Kane bukan saja menyempurn­akan dua sepakan penalti, malah dia menjaringk­an satu lagi gol untuk melakar hatrik buat skuad bimbingan Gareth Southgate itu sekali gus sudah merekodkan 25 gol dalam 40 penampilan antarabang­sa.

Jumlah itu mengatasi wira final Piala Dunia 1966, Geoff Hurst dalam senarai penjaring sepanjang zaman England.

Malah, Kane sudah menjaringk­an lapan gol buat England menerusi sepakan penalti.

Satu lagi gol England dalam perlawanan menentang Bulgaria dijaringka­n pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling.

Ditanya mengenai cara dia mengekalka­n standard dalam menyempurn­akan sepakan penalti, England 3 3 0 0 1 4 19 Kosovo 4 2 2 0 7 58 Czech Rep 4 2 0 2 6 86 Montenegro 4 0 2 2 3 10 2 Bulgaria 4 0 2 2 572

KUMPULAN B Ukraine 5 Portugal 3 Luxembourg 4 Serbia 4 Lithuania 3 Perancis Turki Iceland Albania Moldova Andorra KUMPULAN A

KUMPULAN H 5 4 54 5 5 5 5 4 1 1 1 0 4 2 1 0 1 0 2 0 1 2 1 2 1 2 0 0 11 1 13 53 5 45 4 7 11 4 371 1 16 1 10 0 1 8 0 3 6 0 42 0 5 0 3 12 2 12 5 12 7 6 13 3 11 0 Kane menjawab: “Kerja keras dan latihan.

“Kami banyak melakukann­ya ketika minggu latihan dan kami melakukan lebih banyak lagi sehari menjelang perlawanan.

“Saya sentiasa mengikut kata hati saya - ada masa saya akan berlatih dengan 10 sepakan dan ada masanya sehingga 50 sepakan. Ia bergantung kepada perasaan saya pada hari itu,” kata Kane. AGENSI

 ?? (Foto REUTERS) ?? Kane menjaringk­an gol keempat England melalui sepakan penalti dengan menewaskan Bulgaria 4-0, awal pagi semalam.
(Foto REUTERS) Kane menjaringk­an gol keempat England melalui sepakan penalti dengan menewaskan Bulgaria 4-0, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia