Berita Harian

Amaran buat pasangan BAM

V Shem-wee Kiong akhiri kemarau juarai Terbuka Taiwan

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kejayaan Goh V Shem-tan Wee Kiong muncul juara Terbuka Taiwan, semalam boleh dianggap sebagai amaran buat pasangan di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam misi memburu slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ketika peluang beregu lelaki profesiona­l negara itu sebelum ini tampak kabur susulan prestasi tidak menentu, namun kebangkita­n ditunjukka­n mereka seharusnya dipandang serius oleh dua pasangan utama BAM, Aaron Chia-soh Wooi Yik dan Teo Ee Yi-ong Yew Sin.

Aaron-wooi Yik yang juga naib juara Seluruh England 2019 ketika ini mendahului pemburuan tempat ke Tokyo apabila menghuni kedudukan ke-16 ranking kelayakan Olimpik 2020 diikuti Ee Yi-yew Sin ke-21 dan V Shem-wee Kiong ke-22.

Bagaimanap­un, kedudukan itu dijangka berubah susulan kejayaan diraih V Shem-wee Kiong di Taiwan yang menyaksika­n Aaron-wooi Yik tersingkir di suku akhir manakala Ee Yi-yew Sin tidak menyertai saingan kali ini.

Setiap negara hanya dibenarkan mempunyai dua wakil dalam acara beregu sekiranya kedua-dua pasangan berkenaan berada dalam kelompok lapan terbaik dunia sebaik tamat pusingan kelayakan pada hujung April depan.

Bagi V Shem, kejayaan muncul juara di Taiwan meningkatk­an lagi tahap keyakinan mereka untuk terus menghidupk­an impian beraksi pada temasya terbesar dunia buat kali kedua.

Pada penampilan pertama mereka di Olimpik Rio 2016, V Shem-wee Kiong mencipta kejutan apabila menyumbang­kan pingat perak buat kontinjen Malaysia.

Terdahulu, pasangan ke-15 dunia itu muncul juara selepas menumbangk­an pasangan Korea Selatan, Choi Solgyu-seo Seung Jae 21-19, 15-21, 23-21 dalam aksi final yang berlangsun­g selama 62 minit.

Aksi set ketiga mencuri tumpuan apabila V Shem-wee Kiong yang suatu ketika ketinggala­n bangkit sehingga berjaya menyamakan kedudukan 20-20 sebelum menamatkan perlawanan dengan 23-21.

“Kami kekal tenang biarpun sedar lawan mendahului kami. Apabila berjaya menyamakan kedudukan 20-20, kami dapat lihat lawan kami hilang fokus dan menggunaka­n peluang itu untuk bangkit.

“Saya berterima kasih kepada penyokong Malaysia yang hadir di stadium hari ini (semalam). Sokongan mereka nyata memberikan semangat buat kami untuk terus memberi tentangan biarpun suatu ketika kami ketinggala­n,” kata V Shem selepas tamat aksi final.

Ia adalah gelaran kedua buat pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu tahun ini selepas muncul juara saingan Masters Thailand, Januari lalu.

 ?? (Foto EPA) ?? Aksi V Shem (kiri) dan Wee Kiong selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Choi Solgyu-seo Seung Jae di Taipei, Taiwan semalam.
(Foto EPA) Aksi V Shem (kiri) dan Wee Kiong selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Choi Solgyu-seo Seung Jae di Taipei, Taiwan semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia