Berita Harian

Bagan BC juara divisyen 3 JPL 2019

-

Ipoh: Kelab Badminton (Bagan BC) muncul juara saingan badminton Divisyen 3 Junior Purple League (JPL) 2019 selepas memenangi semua perlawanan yang berlangsun­g selama dua hari sejak kelmarin.

Kejohanan yang berlangsun­g di Sports Arena Falim, Ipoh itu menyaksika­n Bagan BC pada satu ketika berada di tempat kedua carta sebelum menewaskan Cheras TP BC, Labuan DSBC dan Bayan Lepas BC.

Bagan BC meneruskan rentak cemerlang mereka semalam dengan menundukka­n Segamat Spiritual BC dan Seremban City BC sekali gus mengesahka­n kejuaraan dan slot automatik ke Divisyen 2 musim depan.

Pencabar terdekat, Cheras TP BC terpaksa akur apabila sekadar muncul naib juara manakala Segamat Spiritual BC menamatkan saingan di tempat ketiga.

Selaku juara, Bagan BC membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan menempah slot ke Divisyen 2 musim depan sementara Cheras TP BC dan Segamat Spiritual BC masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000 dan RM800.

Ketua jurulatih Bagan BC, Alif Razlan yang sudah bersama pasukan itu sejak lapan tahun lalu mendedikas­ikan kejayaan pasukannya kepada jurulatih dari Indonesia Janu Saputra yang turut membimbing pasukan berkenaan.

“Janu bersama kami sejak lima tahun lalu dan memberi kesan kepada peningkata­n prestasi pemain dari aspek kemahiran dan kecergasan.

“Untuk kejohanan ini, kami membuat persiapan dengan mengadakan latihan pusat selama dua bulan di PIBA (Persatuan Badminton India Penang) yang mana pemain bernaung di bawah persatuan ini,” katanya.

JPL 2019 akan berehat bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Malaysia dan akan kembali pada 21 dan 22 September ini di lokasi yang sama bagi aksi Divisyen 1 dan Divisyen 2.

Kami membuat persiapan dengan mengadakan latihan pusat selama dua bulan di PIBA (Persatuan Badminton India Penang) yang mana pemain bernaung di bawah persatuan ini.

Alif Razlan, Ketua jurulatih Bagan BC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia