Berita Harian

Amirul akhiri kemarau kejuaraan

-

Ipoh: Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing, Tengku Amirul Haffirudin menamatkan kemarau kemenangan­nya pada musim ini apabila menjuarai perlumbaan CP150 Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 di Teluk Intan, semalam.

Selepas cemerlang melakukan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan, Amirul mengotakan janjinya untuk meneruskan momentum berkenaan selepas sering gagal dalam beberapa percubaan sebelum ini.

Amirul menamatkan perlumbaan 12 pusingan itu dengan catatan masa 10:34.956 saat (s) diikuti pelumba Hi Rev SCK Honda Racing, Md Helmi Azman (10:36.206s) manakala rakan sepasukann­ya, Md Azhar Abd Jalil ketiga (10:38.974s).

“Kemenangan ini sangat bermakna buat saya selepas gagal untuk melakukann­ya di tempat sendiri (di Terengganu) dua minggu lalu,” kata Amirul. “Kali ini, saya berjaya mengatasi kekecewaan itu dan terima kasih kepada kru pasukan yang menyediaka­n jentera terbaik.

“Saya sudah memaksimum­kan kemampuan jentera dan ia tetap stabil sehingga tamat perlumbaan. Saya juga mengambil langkah berhati-hati kerana saya tahu bakal berdepan tentangan sengit daripada Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-ckj Racing).”

Afif yang gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh, kekal mendahului kedudukan keseluruha­n dengan 94 mata diikuti rapat oleh Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) yang mengumpul 88 mata manakala Amirul ketiga (61 mata).

Bagi kelas CP115, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-ckj Racing) turut meraih kemenangan pertamanya musim ini apabila muncul juara dengan catatan masa 9:44.542s, sekali gus mengatasi kekecewaan­nya di Terengganu.

Tempat kedua menjadi milik Md Syafiq Rosli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) dengan masa 9:44.549s manakala Md Aiman Azman (Idemitsu Honda Yuzy Racing) di tempat ketiga dengan catatan masa 9:47.745s.

Selepas konsisten dengan penamat selaku naib juara dalam empat pusingan lalu kecuali di Terengganu yang menyaksika­nnya menduduki tempat ke-12, Ahmad Syukran mengukuhka­n kedudukann­ya selaku pendahulu keseluruha­n musim ini selepas mengumpul 109 mata.

Dalam pada itu, pelumba pasukan MOS William #LLRKS CYT Racing, Md Zaki Ahmad Zamri menepati ramalan apabila muncul juara kelas Wira dengan catatan masa 8:01.922s manakala pencabarny­a, Md Aliff Danial Md Asri (Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing) berada di kedudukan kedua dengan masa 8:02.100s.

Tempat ketiga menjadi milik Md Adam Haikal Jahar (Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing) dengan masa 8:09.292s.

Aksi seterusnya berlangsun­g di Kangar, Perlis yang menjadi tuan rumah untuk Pusingan 7.

 ??  ?? Tengku Amirul Haffirudin
Tengku Amirul Haffirudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia