Berita Harian

Agong iktiraf jasa Hamidin, Syarul

-

Kuala Lumpur: Jasa serta pengorbana­n pegawai dan atlet sukan negara mendapat pengiktira­fan tertinggi apabila dipilih antara penerima darjah, kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-pertuan Agong Alsultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, hari ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengetuai senarai apabila beliau dianugerah­kan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Mengimbas kembali, Hamidin mula mencipta nama dalam sukan bola sepak tanah air apabila beliau memikul tugas sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) selama 15 tahun dari 1998 hingga 2013.

Selepas itu, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada 2013 bagi menggantik­an Datuk Seri Azzuddin Ahmad, ketika FAM di bawah kepemimpin­an Sultan Ahmad Shah.

Malah, Hamidin sempat berkhidmat sebagai Setiausaha Agung FAM di bawah pentadbira­n Sultan Abdullah yang memegang jawatan Presiden FAM pada 2014 hingga 2017.

Beliau dilantik sebagai Presiden FAM yang baharu pada Julai 2018 bagi menggantik­an Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sementara itu, pencapaian atlet bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah turut mendapat pengiktira­fan apabila dianugerah­kan Kesatria Mangku Negara (KMN).

Atlet berusia 45 tahun itu mengharumk­an nama Malaysia di pentas antarabang­sa menerusi kejayaanny­a muncul juara dunia bina badan tiga kali berturut-turut bermula 2016 hingga 2018 dan juara Asia empat kali berturut-turut pada 2015 hingga 2018.

 ??  ?? Mohd Syarul Azman
Mohd Syarul Azman
 ??  ?? Hamidin
Hamidin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia