Berita Harian

MGF sedia pelan buat gimnas Terengganu

-

Kuala Lumpur: Persekutua­n Gimnastik Malaysia (MGF) tidak akan masuk campur mengenai keputusan kerajaan negeri Terengganu yang mahu menarik diri daripada mengambil bahagian dalam pertanding­an gimnastik dan gimrama.

Sebaliknya, Presiden MGF, Rachel Lau berkata, pihaknya akan menyediaka­n perancanga­n alternatif buat gimnas negeri itu untuk terus bergiat aktif termasuk berlatih di Bukit Jalil selain mereka mempunyai pilihan mewakili negeri lain jika mahu menyertai sebarang kejohanan.

“Kami menggalakk­an atlet gimnastik Terengganu untuk datang ke Kuala Lumpur jika mahu teruskan dalam sukan gimnastik. Malah, beberapa gimnas lelaki Terengganu berlatih di Bukit Jalil sekarang, sebenarnya sejak 10 tahun lalu lagi.

“Ini sebahagian daripada perancanga­n alternatif buat gimnas Terengganu jika mahu sertai mana-mana acara dan bertanding dalam sebarang kejohanan. Malah, kita serahkan kepada Kementeria­n Belia dan Sukan untuk berbincang dengan kerajaan Terengganu,” katanya.

Dia berkata demikian selepas majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MOU) penajaan selama tiga tahun antara MGF dan Cosway (M) Sdn Bhd di sini, semalam.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata pihaknya sedang merangka draf bagi memperketa­tkan peraturan pemakaian ke atas atlet negeri itu bagi memenuhi tuntutan syariah.

Malah, beliau menegaskan kesediaan kerajaan negeri Terengganu untuk menarik diri dalam dua bentuk sukan iaitu gimnastik dan gimrama wanita yang dikatakan mempamer aksi yang boleh mendatangk­an ghairah.

Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim yang hadir menyaksika­n majlis menandatan­gani MOU penajaan itu berkata, kementeria­n tidak akan membenarka­n atlet menjadi mangsa berikutan isu itu.

“Kita hormati kebebasan atlet kita untuk memakai pakaian yang sesuai dengan sukan masingmasi­ng dan saya rasa pakaian atlet tidak sepatutnya dijadikan satu pertikaian sebab tidak timbul isu seperti tidak senonoh dan sebagainya.

“Ini kerana pemakaian atlet bertujuan untuk meningkatk­an prestasi mereka di lapangan dan tidak ada unsur yang ditimbulka­n sesetengah pihak. Kita akan berbincang dengan kerajaan negeri Terengganu mengenai perkara ini, untuk diselesaik­an secara diplomatik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia