Berita Harian

Cheng Hoe mahu rantai 11 pemain

-

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui pemain Harimau Malaya tidak hanya boleh memberi fokus merantai pemain tengah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Omar Abdulrahma­n sahaja pada aksi Kelayakan Pusingan Kedua Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, esok.

Sebaliknya, bekas pengendali Kedah itu menjelaska­n pemain lain seperti penyerang, Ali Mabkhout juga perlu diberi perhatian jika skuad negara enggan berdepan kekecewaan di Stadium Nasional.

Malah, Cheng Hoe berkata, berdepan UAE yang berada di kedudukan ke-65 dalam ranking dunia bukan perkara yang mudah dan ia menunjukka­n kualiti tinggi dimiliki semua pemain skuad itu.

“Mengikut maklumat mereka mengharung­i dua perlawanan persahabat­an menentang Dominican Republic dan Sri Lanka yang mana mereka menang dengan jaringan yang besar.

“Jadi, ia menunjukka­n mereka sangat berkualiti dan pendekatan yang kita perlu lakukan adalah lebih berhati-hati dengan bahagian serangan mereka.

“Setakat ini kami tak dapat maklumat 100 peratus mengenai Omar kerana kita tahu dia mengalami kecederaan sebelum ini dan sama ada dia akan bermain atau tidak hanya kita boleh tahu pada hari perlawanan,” katanya pada sesi latihan, semalam.

Aksi berdepan UAE dilihat menjadi cabaran paling sukar buat anak buah Cheng Hoe dalam Kumpulan G terutama Harimau Malaya sudah lama tidak mencipta kemenangan ke atas lawan itu.

Malaysia kini berada di kedudukan teratas kumpulan hasil kemenangan 3-2 ke atas Indonesia, Khamis lalu selain dua lagi pencabar iaitu Thailand dan Vietnam terikat tanpa jaringan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia