Berita Harian

Buat Omar ‘mati kutu’

Zainal gesa bintang tengah UAE dikawal ketat

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

MALAYSIA Thailand Vietnam UAE Indonesia KUMPULAN G ESOK 1 1 1 0 1 1 0 0 3 2 3 0 1 0 0 0 1 010001 000000 0 0 1 2 3 0 Kuala Lumpur: Selain barisan pertahanan, Brendan Gan yang mengemudi jentera tengah Harimau Malaya dijangka memikul tugas khas untuk menyekat perancang utama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Omar Abdulrahma­n pada aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, esok.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe pasti sudah merangka strategi ampuh bagi mengekang pergerakan jentera tengah UAE dengan Omar dianggap sebagai pemain yang mampu memecahkan benteng Harimau Malaya.

Malah, pemain berusia 27 tahun itu dilihat menjadi watak penting ketika UAE membelasah Harimau Malaya 10-0 pada pusingan kelayakan, empat tahun lalu dengan lapan gerakan yang dilakukann­ya berjaya disudahkan dengan jaringan.

Brendan bagaimanap­un tidak akan keseoranga­n, kerana tonggak tengah, Nor Azam Azih serta dua pertahanan tengah, Shahrul Saad dan Adam Nor Azlin juga pasti akan memainkan tugas penting untuk menutup ruang daripada jentera tengah UAE melakukan hantaran ke bahagian serangan.

Bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan mengakui kelibat Omar yang dianggap sebagai antara pemain terbaik di Asia ketika ini perlu diberi lebih perhatian oleh barisan pemain Harimau Malaya.

“Berdasarka­n persembaha­n berdepan Indonesia sebelum ini, Shahrul dan Adam memainkan peranan cukup baik di bahagian pertahanan dan mereka pasti sudah tahu pemain UAE yang mana perlu diberi lebih perhatian.

“Namun, semua bahagian perlu memainkan peranan dengan baik kerana kita tidak boleh memberi fokus untuk menyekat Omar sahaja.

“Tapi saya percaya skuad Harimau Malaya kali ini adalah yang terbaik dapat dibentuk dengan Tan Cheng Hoe juga sudah pasti mempunyai perancanga­n tersendiri.

“Tidak mustahil untuk mereka meraih keputusan positif walaupun kita tahu UAE berada di tahap lebih baik. Namun, berdasarka­n perlawanan berdepan Indonesia, UAE juga sedikit risau untuk berdepan Malaysia,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Harimau Malaya pernah menundukka­n UAE pada Pesta Bola Merdeka 1982 yang mana Zainal turut berada dalam skuad ketika itu.

 ?? (Foto Roslin Mat Tahir/bh) ?? Pasukan UAE menjalani latihan di padang Sime Darby, Shah Alam, kelmarin.
(Foto Roslin Mat Tahir/bh) Pasukan UAE menjalani latihan di padang Sime Darby, Shah Alam, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia