Berita Harian

Safawi tak kisah ‘dikunci’

-

Kuala Lumpur: Pemain sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid mengakui tidak kisah walaupun pergerakan­nya ‘dikunci’ pemain lawan menjelang aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional, esok.

Kekuatan dan kepakaran Safawi, terutama dalam melakukan rembatan jarak jauh seakan sudah dihidu lawan selepas dia dilihat dikawal rapi pemain Indonesia pada aksi di Stadium Gelora Bung Karno, Khamis lalu.

Bagi Safawi, perkara itu bukan masalah besar kerana apa yang paling penting buat dirinya adalah membantu pasukan meraih kemenangan, bukannya mengejar sasaran peribadi untuk mencipta jaringan.

“Saya tak kisah mereka (pemain lawan) nak kunci atau sebagainya, janji saya dan rakan sepasukan dapat membantu antara satu sama lain dalam mencipta peluang dan mendapatka­n gol.

“Kami akan menggandak­an usaha dan mungkin ketika ini belum ada rezeki untuk saya jaringkan gol,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.

Selain itu, Safawi percaya dengan taktikal jurulatih dan motivasi terbaik semua pemain selepas mencipta kemenangan ke atas Indonesia, tidak mustahil untuk keputusan positif dapat dicapai pada perlawanan menentang UAE.

“Bukan mudah sebab mereka ada beberapa pemain utama yang bagus seperti Omar (Abdulrahma­n). Ketika aksi persahabat­an (skuad B-23) tahun lalu pun mereka senaraikan tiga pemain senior dan saya jangka perlawanan kali ini lebih menarik,” katanya.

Safawi meledak satu gol ketika skuad B-23 negara menundukka­n skuad B-23 UAE, 2-0 dengan aksi persahabat­an itu dicemari dengan insiden pergaduhan pemain kedua-dua pasukan.

Saya tak kisah mereka (pemain lawan) nak kunci atau sebagainya.

Safawi Rasid, Pemain sayap skuad kebangsaan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia