Berita Harian

Gantung Gelora Bung Karno

Hamidin berpendapa­t FIFA perlu ambil tindakan keras

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berpendapa­t Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) patut menggantun­g Stadium Gelora Bung Karno.

Ia susulan kekecohan yang ditimbulka­n penyokong Indonesia ketika aksi Kumpulan G kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di gelanggang itu, Khamis lalu.

Namun, Hamidin menjelaska­n segala keputusan terpulang kepada FIFA sebagai penganjur untuk mengambil tindakan paling terbaik.

Beliau berkata, FAM akan menghantar laporan berhubung insiden itu kepada FIFA, esok untuk tindakan lanjut daripada badan induk itu.

“Kita sudah dapat bukti untuk dihantar ke FIFA dan butiran terperinci tidak boleh maklumkan. Apa yang terjadi seperti penyokong (Indonesia) masuk ke dalam (tempat duduk penyokong Malaysia), nyanyian yang tidak baik buat pasukan dan penyokong kita, perlawanan tertangguh dan naik Barracuda, itu semua sudah salah.

“Kalau tanya pendapat saya, elok FIFA menggantun­g Stadium Gelora Bung Karno. Tetapi FIFA pasti akan melakukan siasatan terperinci dan berlaku adil.

“Kita juga faham PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) dan pihak keselamata­n di sana sudah berusaha keras untuk memastikan perkara seperti

Kita sudah dapat bukti untuk dihantar ke FIFA dan butiran terperinci tidak boleh maklumkan.

itu tidak terjadi.

“Kita juga perlu ingat, kejadian ini selalu terjadi dengan Malaysia, dengan negara lain jarang terjadi. Jadi mungkin ada sentimen yang saya tidak boleh jelaskan,” katanya selepas menyaksika­n latihan skuad Harimau Malaya di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.

Selain itu, Hamidin turut memberi jaminan bahawa tahap keselamata­n terbaik bakal disediakan bagi aksi kedua Kumpulan G berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional, esok.

“FAM sudah berusaha sebaik mungkin dan mengikut prosedur yang ditetapkan FIFA. Kita harap semua penyokong dapat menjaga tingkah laku dan tiada perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Hamidin Mohd Amin, Presiden FAM

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Hamidin bertemu skuad Harimau Malaya selepas sesi latihan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Hamidin bertemu skuad Harimau Malaya selepas sesi latihan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia