Berita Harian

‘Ayuh bangsa Malaysia, turun ke Bukit Jalil’

-

Jalil (SNBJ), esok.

Ayuh bangsa Malaysia. Turunlah beramai-ramai kita penuhkan SNBJ. Gelanggang keramat kita. Sokongan padu anda menyemarak­kan lagi semangat pemain kita. Kita adalah pemain ke-12 yang akan menggegark­an SNBJ.

Sukan bola sepak adalah sukan yang menjadi pemangkin menyatukan bangsa Malaysia. Ayuh hidupkan semangat tahun 70-an dan 80-an apabila kita beramai-ramai turun, tidak kira bangsa atau fahaman politik ke Stadium Merdeka suatu ketika dahulu.

Ayuh kita tolak segala isu perkauman. Kita adalah sehati sejiwa. Kita adalah bangsa Malaysia yang akan turun ke SNBJ. Sedarilah ke mana sahaja kita pergi, kita adalah anak Malaysia.

Kita sedar dan maklum akan kekuatan pasukan lawan nanti. Bola itu adalah bulat. Menang itu adalah suatu keajaiban, kalah itu adalah pasti, tetapi jika seri ia adalah suatu yang menakjubka­n.

Menang, seri atau kalah kita tetap ‘ekor’ Harimau Malaya. Kita bangga dengan stadium yang besar dan kapasiti luas. Semua itu tidak bermakna jika tiada bangsa Malaysia yang memenuhiny­a. Kehadiran kita memenuhi SNBJ mampu menggerunk­an pasukan lawan dengan sorakan dan laungan kita.

Biarkan Ultras Malaya jadi Ultras Malaya. Kita bangsa Malaysia turut serta dalam suasana itu ‘Havoc & Chant’ bersama Ultras Malaya. Kepada anakanak muda sertailah ‘curva’ Ultras Malaya. Bagi warga emas seperti saya marilah sertai ‘Oldtras’.

Saya menyeru agar jangan menjadikan ‘hooligans’ sebagai budaya kita. Jadilah bangsa Malaysia yang menyokong Harimau Malaya dan menghormat­i pasukan lawan.

Kami turun ke stadium sehati sejiwa. Malaysia... sehati sejiwa. Kuala Lumpur: Penyokong Harimau Malaya, Mohd Zulrani Helmi Mohd Zakri, 39, yang patah tangan kiri ketika menyaksika­n perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Indonesia dan Malaysia di Gelora Bung Karno, Khamis lalu menerima kunjungan pemain skuad kebangsaan, semalam.

Kapten Harimau Malaya, Farizal Marlias, Shahrul Saad dan Syafiq Ahmad bersama Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menziarahi Mohd Zulrani di kediamanny­a bagi melihat sendiri keadaan terkini dan mendengar kisah yang berlaku di tempat duduk penonton pada perlawanan itu.

FAM turut memberikan sedikit sumbangan dan juga tiket perlawanan Malaysia berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang akan berlangsun­g di Stadium Nasional, esok kepada Mohd Zulrani.

“Ia sebagai menghargai kesungguha­n dan semangat dia yang sanggup bersama penyokong lain terbang ke Jakarta bagi memberi sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya,” kata FAM dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, tiga pemain terbabit bersama Mohamadou Sumareh turut membuat kejutan kepada Omar Saiful Razman, 8, susulan video penyokong cilik Harimau Malaya itu yang bersorak dan menangis gembira selepas Sumareh menjaringk­an gol kemenangan ketika berdepan Indonesia tular di media sosial.

Selain menerima tiket menyaksika­n perlawanan menentang UAE daripada FAM, Omar turut mendapat sehelai jersi Harimau Malaya pemberian khas daripada Sumareh yang turut ditandatan­gani oleh pemain itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia