Berita Harian

Lepasan SPM disaran sertai bidang kemahiran

-

Kota Kinabalu: Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah menggalakk­an anak negeri ini khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menceburi bidang kemahiran setempat.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Jenifer Lasimbang, berkata ini terutama kepada mereka yang tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Kita bimbang dengan kira-kira 40 peratus pelajar (lepasan SPM) tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat tinggi.

“Ada beberapa faktor termasuk kekangan kewangan, selain aspek minat dan akademik. Bukan semua pelajar minat dalam akademik dan kita perlu memberi galakan kepada mereka terutama lepasan SPM menceburi bidang kemahiran.

“Masih ramai graduan kita belum mendapat pekerjaan dan dalam masa sama, kita perlu pastikan mereka memiliki kemahiran,” katanya ketika merasmikan Program Bersama Rakyat 3.0 di pekarangan Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin.

Sebanyak 16 institusi latihan kemahiran menyertai program itu.

Sehubungan itu, Jenifer mahu ibu bapa menggalakk­an anak mereka yang tidak berjaya memasuki universiti menceburi bidang kemahiran.

“Program ini adalah inisiatif baik kerana disertai banyak institusi latihan kemahiran dan agensi berkaitan kerjaya, sekali gus memberi ruang kepada pelajar khususnya kalangan B40 melihat peluang yang ada.

“Dalam pada itu, persepsi kemahiran yang masih dipandang rendah perlu dibuang kerana jika di negara maju, orang yang berkemahir­an mendapat gaji tinggi.

“Ibu bapa mesti menggalakk­an anak-anak yang mungkin tidak begitu minat dalam akademik tetapi lebih cenderung kepada kemahiran,” katanya.

 ?? (Foto Malai Rosmah Tuah/bh) ?? Jenifer menyampaik­an sijil penyertaan kepada peserta pada Majlis Perasmian Program Bersama Rakyat 3.0 di pekarangan Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, semalam.
(Foto Malai Rosmah Tuah/bh) Jenifer menyampaik­an sijil penyertaan kepada peserta pada Majlis Perasmian Program Bersama Rakyat 3.0 di pekarangan Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia