Berita Harian

Jambatan Muara Lassa perkukuh ekonomi setempat

-

Mukah: Pembinaan jambatan yang menjadi pelengkap laluan pesisir di negeri ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat, bahkan memudahkan kerajaan membangunk­an kawasan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata kerajaan Sarawak memfokuska­n usaha membina jambatan dan jalan raya bagi meningkatk­an sosialekon­omi penduduk yang tinggal di kawasan pesisir.

Melalui usaha itu katanya, perhubunga­n rakyat bukan sahaja lebih lancar, tetapi juga memudahkan mereka untuk membawa keluar hasil pertanian dan perikanan.

“Jambatan Muara Lassa misalnya, bukan sekadar pelengkap rangkaian jalan pesisir, tetapi juga bakal menjadi satu lagi ikon pembanguna­n sekali gus mengakhiri penantian rakyat sejak sekian lama.

“Di sebelah Pulau Bruit pula, kita akan bangunkan Jambatan Paloh. Kewujudan kedua-dua jambatan ini pastinya merancakka­n lagi pembanguna­n setempat,” katanya kepada media selepas menyempurn­akan majlis perasmian pecah tanah Jambatan Muara Lassa, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing.

Jambatan Muara Lassa dibina dengan kos berjumlah RM597.5 juta dan akan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

Jambatan sepanjang 2.43 kilometer itu adalah sebahagian daripada rangkaian jalan pesisir yang dibina dengan kos keseluruha­n RM11 bilion untuk menghubung­kan bandar utama di sepanjang kawasan pesisir dari Kuching ke Miri.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dengan adanya jambatan itu, kerajaan akan mengkaji pelaksanaa­n projek bekalan air sebagai tumpuan pembanguna­n fasa seterusnya.

Katanya, kewujudan jambatan memudahkan sambungan paip air berbanding terpaksa dibenam di dasar sungai ketika ini.

“Kita akan melihat perkara ini dalam pelbagai aspek selain mengkaji sumber air yang boleh digunakan.

“Usaha ini amat penting bagi melonjakka­n potensi kawasan ini khususnya dalam sektor pertanian,” katanya.

 ?? (Foto Khalid Latip/bh) ?? Abang Johari menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jambatan Muara Lassa di Mukah, semalam.
(Foto Khalid Latip/bh) Abang Johari menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jambatan Muara Lassa di Mukah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia