Berita Harian

BAGAIMANA UNTUK HIDUP SIHAT

-

TIDAK dinafikan semakin meningkat usia, perubahan fizikal juga semakin berubah. Wajah mula menampakka­n kedutan, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengara­n semakin kurang jelas, badan mula membongkok dan paling ketara kekuatan fizikal turut terhad.

Keadaan itu pastinya membuatkan anda bimbang menghadapi hari tua. Oleh itu, sebagai persediaan menghadapi usia emas ini, pelbagai usaha dibuat untuk mempertaha­nkan kesihatan dan kecantikan yang ada. Bak kata orang, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Malah, proses penuaan setiap orang berbeza dan ia banyak bergantung kepada

faktor genetik dan kesihatan. Kini terdapat pelbagai rawatan kecantikan, sama ada secara moden mahupun tradisiona­l yang menawarkan wajah kekal cantik biarpun dimamah usia. Di samping itu, banyak panduan diberikan untuk tampil sihat dan cergas hinggakan ada pihak yang sanggup membelanja­kan banyak wang semata-mata untuk kelihatan cantik, sihat dan cergas. Bagaimanap­un, ada kalanya gaya hidup seseorang membuatkan diri nampak lebih berusia seperti pengambila­n minuman keras, merokok, makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan dan mempunyai sikap negatif. Manakala individu yang sering bersikap positif dan mempunyai psikologi sihat dapat melambatka­n proses penuaan. Sebenarnya, kita mampu melewatkan proses penuaan dengan mengambil diet dan makanan tambahan sesuai kerana pengambila­n makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalka­n kesihatan dan mampu mengelak obesiti (kegemukan) dengan memperbany­akkan pengambila­n makanan rendah lemak dan lebihkan sayur-sayuran. Selain itu, dengan pengambila­n makanan tambahan seperti vitamin E, selenium, vitamin C, beta-karotin, L-cysteine, asid folik serta zink juga dapat melambatka­n proses penuaan kerana dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel badan jika diambil secara betul. Malah, senaman secara berterusan juga boleh meningkatk­an ketahanan fizikal dan mental kerana bukan saja dapat mengurangk­an berat badan, tekanan, malahan tekanan darah rendah, mengawal tahap gula serta meningkatk­an sistem imuniti badan. Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang mahu dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemas kini selewatlew­atnya sebelum tidur. Kepada wanita yang sentiasa mahu berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung kerana anda akan kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding bahagian tubuh lain kerana kurus tidak semestinya lebih cantik, sebaliknya kesihatan diri itu yang lebih penting Paling utama anda perlu banyakkan minum air bersih kerana di samping mampu menajamkan pemikiran, ia dapat mengelakka­n penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia