Berita Harian

Lega keluhan didengar

Pelaksanaa­n skim caruman KWSP, PERKESO beri sinar baharu buat penggiat seni

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my

Keluhan penggiat seni tempatan berhubung ketiadaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) akhirnya mendapat perhatian kerajaan.

Bermula 1 Januari ini, penerbit diwajibkan mencarum kepada KWSP dan PERKESO, sekali gus langkah itu dijangka memberi faedah kepada kira-kira 30,000 penggiat seni.

Ia diumumkan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac pada majlis sesi dialog bersama penggiat seni, baru-baru ini.

Hans berkata, pihaknya yakin usaha itu dapat direalisas­ikan berikutan kewujudan Akta FINAS sedia ada yang mewajibkan penerbit, selaku majikan membuat caruman untuk pekerja masing-masing.

Pengumuman itu secara tidak langsung membuatkan penggiat seni menarik nafas lega. Selepas bertahun-tahun persatuan yang mewakili penggiat seni memperjuan­gkan hak mereka, pengumuman itu memberikan sinar baharu, sekali gus memastikan nasib mereka terbela.

Meskipun ia masih dalam proses perincian, terutama berkaitan peratus caruman bahagian majikan, siri rundingan dan perbincang­an dengan agensi berkaitan sudah 90 peratus diselesaik­an.

Pengurus Produksi, Zainal Abidin Yahya, 40, berkata berita mengenai pelaksanaa­n kedua-dua skim itu sudah lama ditunggutu­nggu karyawan, terutama kru penerbitan bebas.

“Alhamdulil­lah, doa dan suara kami didengar. Sebagai pekerja bebas, kami juga menyumbang kepada ekonomi negara, tetapi tanpa caruman KWSP, masa depan kami tidak terjamin.

“Tanpa KWSP, kami sukar membuat pinjaman perumahan. Disebabkan itu, ramai penggiat seni yang masih menyewa, biarpun sudah berbelas tahun dalam industri.

“Bukan kami tiada simpanan peribadi, tetapi tanpa tabungan KWSP, siapa yang berani meluluskan pinjaman? Situasi itu sangat menyedihka­n, malah ada yang masih terumbang-ambing, meskipun sudah berusaha pelbagai cara untuk mengubah hidup mereka,” katanya.

Situasi itu sangat menyedihka­n, malah ada yang masih terumbang-ambing, meskipun sudah berusaha pelbagai cara untuk mengubah hidup mereka. Zainal Abidin Yahya, Pengurus Produksi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia