Berita Harian

India sedia kem tahanan ‘rakyat tanpa negara’

Assam bina kemudahan pertama penduduk ditolak jadi warganegar­a

-

Assam: Negeri di timur laut India di sini sedang membina sebuah pusat tahanan bagi menempatka­n ribuan penduduk yang dinafikan kerakyatan, majoritiny­a beragama Islam.

Pada 31 Ogos lalu, negeri itu mengeluark­an senarai akhir Pendaftar Kewarganeg­araan Kebangsaan (NRC), langkah bertujuan mengenal pasti penduduk asli di negeri itu namun daripada sejumlah 32 juta penduduk, kira-kira dua juta tidak tersenarai.

Mereka yang tidak tersenarai diberi masa empat bulan untuk membuat permohonan kepada tribunal asing dan Mahkamah Agung.

Difahamkan pusat tahanan berkenaan yang menelan kos lebih AS$6 juta (RM25 juta) dibina di kampung Dudhnoi berhampira­n daerah Goalpara di sini yang terkenal dengan penanaman teh.

"Pusat tahanan ini bakal menempatka­n lebih 3,000 orang dan pertama seumpamany­a di Assam," kata jurutera Rabin Das, yang menyelia pembinaan pusat berkenaan.

Ia juga akan memiliki sebuah sekolah, hospital, kawasan rekreasi dan kuarters untuk pasukan keselamata­n selain tembok tinggi dan menara pemerhati, menurut Reuters yang menemurama­h pekerja dan kontraktor.

Shefali Hajong, seorang wanita puak yang kurus kering dari perkampung­an berhampira­n berkata, namanya tiada dalam senarai dan perlu membuktika­n mereka adalah rakyat India dengan menunjukka­n dokumen seperti sijil lahir dan pemilikan tanah sejak berdekad lalu.

Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka berisiko dibawa ke kem tahanan yang sedang dibina itu.

"Saya orang miskin dan menyara diri hanya dengan upah harian. Saya tidak tahu bagaimana membuat rayuan kepada tribunal asing dan memasukkan nama dalam NRC," katanya.

Suku kaum pribumi Hajong datang dari Pakistan pada 1966 atas jemputan kerajaan India. Majoritiny­a miskin dan buta huruf serta tidak tahu bagaimana untuk mengisi borang NRC.

Akibatnya, sebahagian besar daripada mereka tidak tersenarai dalam NRC walaupun kerajaan negeri sudah memberi jaminan.

Anak seorang penggubal undang-undang di Assam, Imrana Begum yang turut tidak tersenarai berkata, idea asal kerajaan sebenarnya adalah untuk menahan orang Islam di pusat tahanan berkenaan.

"Realitinya yang dihadapi NRC kini adalah jumlah penduduk Islam yang tercicir adalah lebih kecil daripada apa yang dijangka Parti Bharatia Janata (BJP)," katanya.

Kerajaan berkata, ada ratusan ribu pendatang haram di negeri ini dari Bangladesh yang majoriti Islam, namun Dhaka enggan menerima sesiapa yang diisytihar­kan pendatang haram di India.

Kerajaan India berkata, ia menjalanka­n kempen besarbesar­an itu bagi mengesan dan mengusir pendatang tanpa dokumen dari Bangladesh namun pengkritik menganggap cubaan itu menyingkir­kan jutaan Muslim, yang berjumlah satu pertiga daripada keseluruha­n penduduk negeri itu.

Kebencian terhadap pendatang memuncak selama bertahun di sini, dengan penduduk menuduh orang luar mengambil alih pekerjaan dan tanah. Jutaan pelarian Bangladesh, keduaduany­a Muslim dan Hindu tiba di India susulan perang kemerdekaa­n pada 1971. NRC unik kepada Assam dan kali pertama diperkenal­kan pada 1951. Tugas mengemas kini senarai terbaharu bermula pada 2015 dan diteliti Mahkamah Agung India. Hanya mereka yang menunjukka­n bukti nenek moyang mereka berada di India sebelum 1971 dapat dimasukkan ke dalam senarai.

Pihak berkuasa memeriksa dokumen dihantar kira-kira 33 juta penduduk untuk draf dikeluarka­n Julai lalu. Senarai itu mengetepik­an lebih empat juta orang.

Bangunan di Goalpara itu adalah satu daripada 11 pusat tahanan yang sedang dirancang pembinaann­ya di seluruh negeri ini. Kini terdapat enam pusat tahanan bagi menampung kekurangan penjara daerah dan lebih 1,000 orang ditahan serta hidup dalam kedaifan.

Ia adalah kali pertama, manamana kerajaan negeri di India membina pusat tahanan eksklusif bertujuan menahan pendatang haram.

 ?? (Foto REUTERS) ?? Gambar menunjukka­n kawasan pembinaan pusat tahanan pendatang haram dan tembok luarnya di perkampung­an dalam daerah Goalpara di negeri timur laut Assam, India.
(Foto REUTERS) Gambar menunjukka­n kawasan pembinaan pusat tahanan pendatang haram dan tembok luarnya di perkampung­an dalam daerah Goalpara di negeri timur laut Assam, India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia