Berita Harian

Tengku Maimun ketuai senarai 42 penerima pingat

- BERNAMA

Kuala Lumpur: Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat semalam mengetuai senarai 42 penerima Darjah Kebesaran Persekutua­n 2019 daripada Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah sempena Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka.

Pada istiadat pengurniaa­n hari pertama semalam, Tengku Maimun, 60, yang dilantik memegang jawatan itu pada 2 Mei lalu menerima Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri.

Tengku Maimun yang juga anak jati Kota Bharu, Kelantan mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama memegang jawatan tertinggi badan kehakiman negara.

Yang turut menerima PMN ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ismail Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Tahun ini, Yang di-pertuan Agong berkenan mengurniak­an Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n kepada 795 individu daripada pelbagai kategori.

Seramai 15 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang juga membawa gelaran Tan Sri termasuk Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Yang di-pertuan Agong turut mengurniak­an Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada 21 penerima, antaranya Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) membawa gelaran Datuk pula dikurniaka­n kepada Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithn­aini; Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Datuk Mohd Ashri Muda dan Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidanga­n Antarabang­sa, Datuk Rozainor Ramli.

 ??  ?? Al-sultan Abdullah mengurniak­an Darjah Kebesaran PSM yang membawa gelaran Tan Sri kepada Mohamad Ariff (kiri) dan Abdul Hamid di Istana Negara, semalam.
Al-sultan Abdullah mengurniak­an Darjah Kebesaran PSM yang membawa gelaran Tan Sri kepada Mohamad Ariff (kiri) dan Abdul Hamid di Istana Negara, semalam.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Al-sultan Abdullah mengurniak­an Darjah Kebesaran PMN kepada Zulkifli pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n di Istana Negara, semalam.
(Foto BERNAMA) Al-sultan Abdullah mengurniak­an Darjah Kebesaran PMN kepada Zulkifli pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n di Istana Negara, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia