Berita Harian

AS, China diharap capai keputusan tamatkan perang tarif

-

Kuala Lumpur: Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dan China akan mencapai keputusan positif dan konstrukti­f menerusi rundingan semula bagi menamatkan perang tarif antara dua ekonomi terbesar dunia itu yang dijadual diadakan awal Oktober ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perang perdaganga­n China-as merugikan semua negara, terutama ekonomi kecil.

“Daripada mengambil kedudukan satu pihak dalam isu ini, kita menantikan hasil positif dan konstrukti­f apabila dua ekonomi terbesar dunia itu kembali ke meja rundingan pada awal Oktober,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada masa sama, katanya, Malaysia yang yakin bahawa bekerja dalam rangka kerja pelbagai hala adalah cara terbaik untuk maju bagi manfaat semua, perlu terus memperkuku­h hubungan dengan rakan ASEAN dan meneruskan kerjasama sinergi dengan China dan AS.

Sementara itu, Mohamed Azmin kelmarin mengetuai delegasi Malaysia pada sesi Meja Bulat Peringkat Menteri Mengenai Tenaga Asia ke-8 (AMER8) dan Kongres Tenaga Dunia ke-24 (WEC24) sempena lawatan kerjanya ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi dalam satu kenyataan semalam, memaklumka­n lawatan kerja Mohamed Azmin sehingga Rabu ini akan menyaksika­n delegasi negara mengambil bahagian dalam semua sesi AMER8 dan WEC24.

“Ia bagi berkongsi pandangan, idea dan perspektif baharu berhubung teknologi dan penyelesai­an inovatif dalam menangani isu jaminan tenaga, kelestaria­n dan kemampuan untuk memacu pertumbuha­n ekonomi serta kemakmuran,” kata kementeria­n berkenaan.

Ketibaan Mohemad Azmin disambut Menteri Tenaga dan Industri UAE, Suhail Al Mazrouei sebelum mereka berbincang mengenai kerjasama ekonomi dan peluang pelaburan di antara kedua-dua negara, termasuk penyertaan syarikat UAE dalam projek infrastruk­tur awam di Malaysia.

Dalam lawatan kerja itu, Mohamed Azmin turut diberi penghormat­an menghadap Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Timbalan Komandan Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE.

Pertemuan itu susulan lawatan khas Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah ke UAE pada Jun lalu sebelum kunjungan balas Putera Mahkota Abu Dhabi itu sempena istiadat pertabalan Yang di-pertuan Agong pada Julai.

“Dalam kunjungan balas itu, baginda mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mohamed Azmin bagi membincang­kan penubuhan Jawatankua­sa Pelaburan Bersama (JIC) di antara Malaysia dan Abu Dhabi.

“Ia bagi meningkatk­an hubungan ekonomi dan memudahkan pelaburan antara kedua-dua negara. JIC dijangka menjadi topik utama perbincang­an dalam pertemuan di antara Mohamed Azmin dan baginda,” katanya.

Mohamed Azmin juga dijadual mengadakan mesyuarat di luar AMER8 dan WEC24 dengan Menteri Tenaga, Tenaga Manusia dan Industri Brunei, Datuk Seri Setia Dr Awang Mat Suny Md Hussein serta Menteri Petroleum, Gas Asli merangkap Menteri Keluli India, Dharmendra Pradhan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia