Berita Harian

CUEPACS mahu jumpa PM isu mansuh skim pencen

-

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ismail Bakar, bagi membincang­kan semula cadangan kerajaan memansuhka­n skim pencen untuk pelantikan kakitangan awam baharu, mulai tahun depan.

Berikutan itu, Presidenny­a, Datuk Azih Muda, berkata pihaknya akan mengutus surat secepat mungkin kepada Pejabat Perdana Menteri dan KSN bagi membolehka­n mereka mengadakan pertemuan pada masa terdekat.

Beliau berkata, CUEPACS memang tidak bersetuju dan membantah cadangan awal kerajaan mahu memansuhka­n skim pencen bagi digantikan dengan pelantikan secara kontrak kepada mana-mana individu memasuki perkhidmat­an awam, mulai tahun depan.

“Semua penjawat awam mesti dilantik secara tetap dan berpencen biarpun kerajaan ada mengutarak­an cadangan memansuhka­n skim pencen kepada mana-mana individu diambil bekerja dengan kerajaan mulai 2020.

“Bagaimanap­un, CUEPACS berpandang­an skim pencen perlu diteruskan kerana ia insentif dan balasan kepada penjawat awam yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan untuk tempoh tertentu seperti ditetapkan mengikut Perlembaga­an,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Azih berkata, pertemuan berkenaan juga membolehka­n CUEPACS mendapatka­n gambaran lebih jelas mengenai pelbagai cadangan kerajaan merealisas­ikan saiz perkhidmat­an awam di Malaysia pada masa depan.

Katanya, beliau juga mahu membincang­kan pelbagai isu membabitka­n kedudukan elaun dan insentif tertentu yang bakal dimansuhka­n kerajaan nanti.

CUEPACS berpandang­an skim pencen perlu diteruskan kerana ia insentif dan balasan kepada penjawat awam yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

Azih Muda, Presiden CUEPACS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia