Berita Harian

Amhari Efendi sambung keterangan hari ini

1MDB

-

Kuala Lumpur: Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, akan menyambung keterangan­nya hari ini dalam perbicaraa­n berhubung skandal penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Saksi pendakwaan kelapan itu akan disoal dalam pemeriksaa­n balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib di hari perbicaraa­n keenam, hari ini.

Pada perbicaraa­n minggu lalu, Amhari Efendi mendedahka­n mengenai peranan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, dalam skandal penyelewen­gan dana 1MDB.

Melalui keterangan Amhari Efendi, lelaki yang dikehendak­i pihak berkuasa itu digambarka­n sebagai ‘tuan boneka’ dan individu yang boleh memanipula­si banyak pihak untuk mendapatka­n apa yang dimahukan.

Mengikut keterangan saksi itu, Jho Low dilihat sebagai seorang yang sangat berpengaru­h dan boleh menggunaka­n khidmat sesiapa saja untuk mendapatka­n apa yang diingini.

Malah, lelaki itu yang masih gagal dikesan sehingga kini itu, dikatakan saksi sebagai mempunyai kebolehan mencari orang berbeza di lokasi berlainan untuk ‘merayu’ bagi pihaknya (Jho Low) semata-mata untuk memenuhi hajatnya.

Saksi pendakwaan kelapan itu mengambil contoh rundingan antara 1MDB dan syarikat The Internatio­nal Petroleum Investment Company (IPIC) berpangkal­an di Abu Dhabi dan dengan syarikat di China yang pada mulanya tidak diketahui hujung pangkal.

Bagaimanap­un, beliau menjelaska­n, apabila tiba di kedua-dua negara terbabit, semua agenda membabitka­n rundingan itu sudah tersusun.

Lebih menghairan­kan, Jho Low dikatakan berupaya melaksanak­an arahan membabitka­n beberapa cadangan gah yang mustahil untuk dilakukan, dalam masa terdekat.

Amhari Efendi menggambar­kan Jho Low sebagai seorang yang sentiasa berpakaian batik dan kerap tiba lewat ketika mengadakan perjumpaan dengan beliau dan ketuanya, Ketua Setiausaha Sulit Najib, Allahyarha­m Datuk Azlin Alias.

Berikutan itu, Muhammad Shafee mencadangk­an rasional perlakuan ahli perniagaan itu yang mendapat pendidikan daripada Wharton School of the University of Pennsylvan­ia itu.

Mengikut Muhammad Shafee, Jho Low cuba menyampaik­an dirinya sentiasa sibuk dengan urusan dan menunjukka­n beliau baru bertemu Perdana Menteri sebelum mengadakan perjumpaan dengan saksi.

Bagaimanap­un, saksi itu menjawab ringkas: “tidak tahu.”

Keterangan Amhari Efendi bersambung lagi hari ini dengan meneruskan prosiding soal balas oleh Muhammad Shafee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia