Berita Harian

Cantikkan Ysuku hingga langgar undang-undang

Pemilik bayar cecah RM12,000 ubah jadi ‘motosikal lumba’

- Oleh Wartawan BH bhnews@nstp.com.my

Bangi: Kegilaan segelintir pemilik motosikal Yamaha 15ZR atau nama jolokannya ‘Ysuku’ mengubah suai kenderaan mereka sehingga ada yang melanggar undang-undang menimbulka­n persoalan mengenai keselamata­n.

Mekanik motosikal yang ditemui mendakwa ada tiga sebab pemilik melakukan pengubahsu­aian, iaitu mengubah suai motosikal untuk kelihatan cantik, meningkatk­an kelajuan atau kedua-duanya.

Bagaimanap­un, spesifikas­i motosikal itu selepas ia diubah suai tidak pernah disahkan oleh mana-mana pihak dari segi keselamata­nnya.

Pemilik bengkel motosikal, Afiq Shahar, 27, berkata pemilik motosikal itu melakukan ubah suai kerana aksesori berkaitan mudah diperoleh.

“Kebanyakan pemilik akan terus mengubah suai motosikal mereka sebaik diambil dari kedai.

“Boleh dikatakan, 60 hingga 70 peratus pemilik Ysuku akan mengubah suai untuk meningkatk­an kelajuan, selebihnya adalah

Bengkel khas untuk peminat dan pengguna motorsikal Yamaha Y15

untuk kelihatan cantik atau kedua-duanya sekali.

“Aksesoriny­a mudah diperoleh dan berharga murah, dengan kebanyakan aksesori diimport dari Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

“Kos yang diperlukan bermula daripada RM1,100, dengan harga ini sudah boleh lakukan ubah suai minimum seperti tukar ECU (unit kawalan elektronik) atau coverset,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mendakwa kegilaan terhadap model itu lebih daripada Yamaha LC135 sebelum ini yang mana turut menarik minat golongan berusia.

“Dalam seminggu, bengkel saya menerima kira-kira 100 ke 150 Ysuku untuk diubah suai dan diletakkan pelbagai aksesori, ia bergantung kepada keinginan pemilik,” katanya.

Seorang mekanik yang enggan dikenali berkata pakej ubah suai motosikal jenis itu adalah antara RM1,500 sehingga RM12,000.

Pakej berkenaan yang disediakan segelintir kedai menjual motosikal di ibu negara adalah asas sehingga pakej penuh, termasuk yang kononnya mahu menambah daya pecutan.

Untuk pakej serendah RM1,500, pemilik Ysuku boleh menaik taraf sistem pendikit (throttle), Unit Kawalan Enjin (ECU), sistem ekzos, penapis udara, set klac atau cekam dan aci sesondol (camshaft).

Bagi mereka yang ‘berduit’ dan mahu pakej penuh untuk menaik taraf kemampuan motosikal mereka, pakej yang disediakan termasuk menukar blok enjin, racing head, pendikit, aci sesondol, sistem ekzos, pegas injap (valve spring), pegas klac dan injap.

Malah, mekanik mendakwa pakej ubah suai yang dilakukan adalah ‘mengikut spesifikas­i perlumbaan’, tetapi tidak ada pihak yang mengesahka­nnya.

Seorang mekanik lain pula berkata pakej mengubah suai Ysuku adalah berbeza mengikut jenama dan kualiti peralatan yang digunakan.

“Ini bergantung kepada kemampuan kewangan pemilik, jika mereka ada ‘modal’ tinggi, macam-macam jenis pengubahsu­aian boleh dilakukan,” katanya.

Malah, beliau mendakwa ada juga pemilik meminta supaya membuang cut-off (had laju maksimum ditetapkan oleh pengeluar).

Seorang jurujual motosikal pula berkata pihak pengeluar tidak menawarkan apa-apa pakej ubah suai kepada Ysuku ketika dibeli.

Bagaimanap­un, katanya, pembeli boleh berunding dengan mekanik yang disediakan jika mahu melakukan pengubahsu­aian.

“Jenis pengubahsu­aian biasanya bergantung kepada pemilik dan untuk membuang cuf-off, mekanik akan menukar ECU dengan kos sekurang-kurangnya RM600,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan motosikal jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ yang diubahsuai berada dalam senarai pemerhatia­n polis berikutan trend golongan belia yang gemar mengubah suai tanpa mengikut spesifikas­i Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Seorang pemilik Ysuku yang tidak mahu dikenali, berkata dia sudah membelanja­kan lebih RM5,000 untuk pengubahsu­aian motosikaln­ya.

Beliau yang ditemui BH di sebuah bengkel di Jalan Ipoh, berkata sejak memiliki motosikal itu pada tahun lalu, pelbagai pengubahsu­aian dilakukan antaranya menukar ekzos, rim dan tayar yang lebih kecil, cermin sisi, penghidup tendang (kick-starter) dan menukar ECU.

 ??  ??
 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? melakukan pengubahsu­aian di Bangi.
(Foto Aizuddin Saad/bh) melakukan pengubahsu­aian di Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia