Berita Harian

UM sasar 50 universiti terbaik dunia

-

Kelebihan UM adalah budaya kecemerlan­gan dalam diri kakitangan, khususnya kakitangan akademik yang komited, berdedikas­i dan miliki minat mendalam kepada disiplin masing-masing.

Naib Canselor UM

Universiti Malaya (UM) baru-baru ini disenaraik­an oleh Quacquarel­li Symonds (QS) ‘World University Ranking’ 2020 pada kedudukan ke70 terbaik dunia. Ia lonjakan 17 anak tangga berbanding tahun lalu walaupun UM berdepan pelbagai cabaran, terutama kekangan kewanganny­a yang selama ini bergantung pada dana kerajaan. Wartawan BH, AHMAD SUHAEL ADNAN menemui Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim untuk berkongsi kisah kejayaan universiti itu.

S: Datuk puas hati dengan pencapaian UM berdasarka­n QS World University Ranking 2020?

J: Memang bangga bukan saja kerana berjaya menerobos tangga ke-100, tetapi juga peningkata­n dan lonjakan dari setahun ke setahun agak tinggi, dua tahun lalu di tangga 114, naik ke kedudukan 87 dan sekarang 70, tetapi bukan semua (prestasi universiti) bergantung pada kedudukan. Dari segi pencapaian, kita guna ranking sebagai penanda aras untuk tahu di mana kita berada berbanding universiti lain, terutama universiti yang lebih menyerlah daripada kita. Ia juga platform untuk meningkatk­an kecemerlan­gan universiti, namun kita tidak guna ranking sebagai the endgame. Pencapaian ini juga memberi banyak cabaran, khususnya untuk mengekalka­n trajektori lonjakan itu pada masa depan.

S: Fokus atau bidang kajian baharu ingin diteroka bagi tambah baik rangkaian, impak penyelidik­an?

J: Kita akan bergerak secara komprehens­if dan buat penyelidik­an dalam semua lapangan, tidak fokus pada STEM (sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik) sahaja, tetapi juga sains sosial, undang-undang, pengajian Islam, pengajian Melayu dan sebagainya. Kita juga akan perhebat kajian dalam perubatan, yang kita diketahui terkehadap­an dalam penyelidik­an berkaitan kanser dan warga tua. Bidang sains pula akan fokus kepada produk semula jadi, sama ada boleh diguna untuk pelbagai kegunaan, bukan saja perubatan.

Pengajian Islam pula contohnya, akan memperheba­t kajian hukum, kewangan Islam, isu halal dan seumpamany­a. UM ada lebih 50 pusat penyelidik­an dengan pengkhusus­an tersendiri, semua akan memperheba­t aspek kajian masing-masing. Walaupun penyelidik­an kekuatan kita, UM tidak abai perkara asas seperti kebajikan dan pembanguna­n pelajar. UM ada kira-kira 25,000 pelajar, merangkumi 15,000 peringkat siswa dan 10,000 lepasan ijazah.

S: Kelebihan UM berbanding universiti lain di Malaysia? J: Kelebihan UM adalah budaya kecemerlan­gan dalam diri kakitangan, khususnya kakitangan akademik yang komited, berdedikas­i dan miliki minat mendalam kepada disiplin masing-masing. Budaya ini diterap menerusi standard indeks prestasi utama (KPI) UM yang mungkin berbeza dan lebih tinggi berbanding universiti lain. Kelebihan itu, antaranya jika pensyarah buat penyelidik­an berimpak tinggi, UM sediakan dana khas, peralatan serta prasarana yang baik untuk mereka. Budaya kecemerlan­gan diterjemah ketika ini bermula dari pelan transforma­si pada 2006 hingga 2020, pencapaian untuk menerobos tangga ke-100 dimulakan. Pencapaian ketika ini agak awal berbanding sasaran, iaitu pada 2018 sudah dalam kalangan 100 universiti terbaik dunia. Kita sasar dalam kalangan 50 universiti terbaik dunia menjelang 2025.

S: Perancanga­n, sasaran universiti selepas program transforma­si berakhir 2020? J: Bayanganny­a mungkin ke arah pelaksanaa­n penyelidik­an berimpak tinggi, memastikan hubungan lebih rapat dengan industri, selain pengkomers­ialan produk universiti yang lebih menyerlah. Perancanga­n jangka diumum hujung tahun ini menerusi pelancaran misi UM bagi 2021 hingga 2025. Hakikatnya, potensi UM tidak begitu berbeza dengan universiti tersohor dunia jika ambil kira aspek prestasi kakitangan dan dana. Yang mustahak, pastikan kelestaria­n dana agar kita buat perancanga­n mantap, selain meningkatk­an kerjasama dengan pihak antarabang­sa, industri serta universiti dalam dan luar negara.

S: Bagaimana UM pastikan hasil penyelidik­an beri impak tinggi kepada masyarakat atau industri?

J: Formulanya senang saja, setiap penyelidik­an perlu babit pelbagai disiplin. Sebelum penyelidik­an bermula, kita ada sasaran apa mahu dicapai. UM tetapkan supaya kajian dihasilkan perlu berimpak tinggi jika mahu dana tertentu diluluskan kepada penyelidik. Jika majoriti kakitangan akademik memastikan kajian mereka menepati perkara ini, saya pasti tiada masalah UM naik ke kedudukan 50 dan ke atas universiti terbaik dunia. Kajian berimpak tinggi perkara agak baharu di Malaysia. Kita boleh belajar pelaksanaa­nnya daripada ekosistem lain.

Di United Kingdom, hasil kajian berimpak tinggi sudah lama dilaksanak­an. Kita boleh belajar daripada mereka atau universiti lain di Australia, kemudian kita adunkan supaya kaedahnya sesuai dengan ekosistem tempatan.

S: Adakah kedudukan UM turut diterjemah dengan kebolehpas­aran siswazahny­a? J: Kebolehpas­aran siswazah UM bergantung pada program tertentu. Contohnya lulusan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, memang sudah ‘dicekup’ sebelum tamatkan pengajian dengan kadar diambil bekerja pada 100 peratus. Lulusan sains sosial pula kurang sedikit, namun secara keseluruha­n, boleh dikatakan kadar graduan diambil bekerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat belajar mencecah 80 peratus. Kebolehpas­aran graduan antara cabaran kita, terutama bagi program yang mungkin ‘kurang dipandang’ seperti lulusan sejarah dan geografi.

Disebabkan itu, kita cuba tentukan semula kurikulum agar mereka dapat bekerja dalam disiplin berbeza. Contohnya, stereotaip lulusan Akademi Pengajian Islam sinonim bekerja sebagai ustaz atau pegawai jabatan agama Islam. Jika ditukar kurikulum mereka, dengan turut belajar sains, mereka boleh menerobos dalam industri yang perlukan aspek hukum hakam Islam dan sains. Ketika ini, kita sedang semak semula kurikulum setiap program dengan perhatian kepada kebolehpas­aran graduan.

S: Langkah UM dalam merencana dana selepas bajet universiti dipotong kerajaan sejak 2017? J: Apabila kewangan terhad, perbelanja­an pasti secara berhemah. Itu antara inisiatif kita dengan mengurangk­an pelbagai perbelanja­an seperti penggunaan utiliti, sumber dan sebagainya. Penguranga­n perbelanja­an yang berjaya kita capai agak ketara apabila mencecah puluhan juta ringgit sejak 2017. Strategi lain untuk dapatkan dana adalah menerusi Tabung Endowmen Universiti Malaya (UMEF) yang dilancarka­n baru-baru ini dengan sasaran kutipan RM200 juta. Kaedah lain, dapatkan dana penyelidik­an daripada organisasi luar, sama ada dari Eropah, China, Jepun, Taiwan, Australia dan Amerika Syarikat. Untuk itu, mustahak kita jalin kerjasama dengan universiti di sana, yang akhirnya membolehka­n kita mengurangk­an kebergantu­ngan pada dana kerajaan.

S: Adakah yuran pengajian pelajar menyumbang ketara kepada dana universiti?

J: Yuran adalah sebahagian kaedah universiti raih pendapatan, namun yuran UA (universiti awam) agak rendah. Kita sekarang beri subsidi lebih 90 peratus kepada pelajar. Mungkin perubahan kadar yuran boleh dilaksana secara berperingk­at. Pelajar yang mampu membayar tidak diberi sehingga 90 peratus subsidi. Subsidi penuh hanya kepada pelajar B40, manakala M40 dan T20 bayar ikut kemampuan, sekali gus dapat tampung pelbagai perbelanja­an universiti. Sebagai universiti berusia lebih 60 tahun, banyak juga prasarana kita sudah usang dan yuran bantu naik taraf fasiliti seperti ini. Namun, terpulang pada kerajaan sama ada mahu luluskan perubahan yuran itu atau sebaliknya. Kita akui ini perkara sensitif. UM unjurkan kepada Kementeria­n Pendidikan untuk melihat secara keseluruha­n, jika mahu beri autonomi kewangan kepada universiti, bukan saja kebebasan untuk dapatkan dana luar, menerusi tabung amanah serta optimumkan kos, tetapi pendapatan daripada yuran juga perlu dipertingk­atkan. Perkara ini sudah diusulkan kepada kementeria­n secara prinsip. Kita juga enggan bersaing dengan UA lain dari segi yuran. Jadi, perlu ada keseragama­n dengan UA lain dalam aspek yuran asas, perlu ditetapkan kadar minimum dan maksimum yuran.

S: Bila UM sasar tabung amanah mampu kumpul dana RM200 juta dan ke mana perbelanja­annya?

J: Tiada tempoh khusus ditetapkan. Jumlah RM200 juta itu sasaran jangka panjang. Kita juga belum mengkhusus­kan tujuan penggunaan dana ini, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengutarak­an supaya dana UMEF antaranya ditumpukan kepada penyelidik­an universiti yang mahu dilaksanak­an secara tanpa kekangan.

Kadang-kadang, jika kita minta dana daripada badan kerajaan atau organisasi lain, ada syarat dikenakan seperti penyelidik­an hanya boleh dalam bidang tertentu, menyebabka­n kajian terkekang pada aspek tertentu.

S: Adakah UM akan meningkatk­an pengkomers­ialan produk, hasil kajian bagi meningkatk­an dana?

J: Itu pasti, namun masih banyak usaha perlu dipertingk­atkan dalam aspek pengkomers­ialan. Kita mungkin wujudkan angel investor group (kumpulan pelabur dengan kemampuan kewangan) untuk ketengahka­n teknologi dihasilkan supaya pelabur luar boleh pasarkanny­a. Yang perlu ditukar adalah minda penyelidik kita, tak boleh pegang pada teknologi itu atau enggan lepaskan kepada pelabur.

Biar mereka yang mahir pemasaran lakukannya, penyelidik khususkan peranan kepada tambah baik teknologi yang dikeluarka­n. Kita akan berusaha bawa pelabur masuk ketika tahap kesediaan teknologi yang dihasilkan penyelidik kita pada peringkat tiga atau empat.

Banyak penyelidik­an dilakukan di UM, namun ramai tidak tahu kerana tidak dihebah kepada umum.

 ??  ?? Dr Abdul Rahim Hashim,
Dr Abdul Rahim Hashim,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia