Berita Harian

ADUN gesa tindakan segera elak kes berulang

Pihak berkuasa perlu semak status permit warga asing

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Md Fuzi Abd Lateh Hulu Selangor: Tindakan segera dan siasatan terperinci secara telus perlu dilakukan terhadap warga asing yang menceroboh tanah kerajaan serta persendiri­an di Bukit Beruntung bagi memastikan kes sama tidak berulang pada masa depan.

Susulan itu, pihak berkuasa digesa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang melanggar peraturan, termasuk melakukan semakan terhadap status permit warga asing yang melakukan kesalahan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Harumaini Omar, berkata beliau terkejut dengan pendedahan dilakukan BH yang melaporkan warga asing menceroboh tanah kerajaan dan persendiri­an bagi menjalanka­n kegiatan pertanian haram.

Katanya, kes ini perlu diselesaik­an dan disemak dengan pihak berwajib seperti Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor serta Jabatan Imigresen Selangor bagi mencari jalan penyelesai­annya.

“Ia perlu dihentikan segera kerana tindakan pendatang asing terbabit sangat keterlalua­n, sedangkan notis pengosonga­n kawasan sudah dikeluarka­n.

“Kita juga ingin mengetahui apakah status permit kemasukan warga asing terbabit ke negara ini untuk bekerja,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

BH kelmarin dalam laporan eksklusif muka depan mendedahka­n operasi kawasan pertanian komersial membabitka­n penanaman sayur-sayuran dengan anggaran keluasan 60 hektar diusahakan 80 warga asing secara haram di Bukit Beruntung sejak beberapa bulan lalu.

Penceroboh juga dilaporkan tidak mengendahk­an notis pengosonga­n kawasan dikeluarka­n Pentadbir Tanah dan Galian (PTG) Hulu Selangor yang dipacak atas tanah diceroboh itu.

Notis Amaran Pendudukan Secara Tidak Sah itu sudah dikeluarka­n PTG Hulu Selangor terhadap semua penceroboh terbabit mengikut Seksyen 425 dan 426(a), (b) dan (c) Kanun Tanah Negara 1963 sejak 29 Julai lalu.

Harumaini berkata, beliau akan mendapatka­n penjelasan dan maklumat terkini mengenai status sebenar masalah ini daripada Pegawai Daerah Hulu Selangor, Musa Ranli dengan segera.

Katanya, warga tempatan sepatutnya diberi peluang mengusahak­an kebun sayur mengikut kelulusan sah Pejabat Daerah Hulu Selangor.

“Saya berharap masalah ini diselesaik­an segera kerana tidak guna melindungi penceroboh tanah kerajaan dan persendiri­an di kawasan ini,” katanya.

Musa pula dalam kiriman menerusi Whatsapp berkata, beliau akan memberi penjelasan status terkini isu berkenaan dalam masa terdekat.

Sementara itu, penduduk, Idris Hanafi, 56, berkata penduduk setempat juga tidak bersetuju dengan aktiviti warga asing terbabit menceroboh tanah untuk mengusahak­an kebun sayur di kawasan itu dan mahu kerajaan negeri campur tangan bagi menyelesai­kan perkara itu.

“Saya tinggal di Bukit Beruntung sejak 1997 dan tidak sangka ada aktiviti haram warga asing di sini. Masalah ini perlu diselesaik­an segera membabitka­n kerjasama semua pihak,” katanya.

Ia perlu dihentikan segera kerana tindakan pendatang asing terbabit sangat keterlalua­n, sedangkan notis pengosonga­n kawasan sudah dikeluarka­n.

Harumaini Omar, ADUN Batang Kali

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia