Berita Harian

JPN lapor polis isu tular Mykad

Beberapa pemilik akaun dakwa agensi beri dokumen kepada enam warga China

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar suhaila.shahrul@bh.com.my

Putrajaya: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung tuduhan beberapa pemilik akaun media sosial kononnya ia mengeluark­an Mykad kepada warga asing sewenang-wenangnya.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh, berkata laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, semalam kerana pihaknya mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat secara menyeluruh terhadap dakwaan itu di media sosial kerana maklumat dikemukaka­n adalah tidak benar.

Katanya, ia membabitka­n dua isu iaitu dakwaan lima warganegar­a China memiliki Mykad dan seorang wanita warga China juga memiliki Mykad yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Isu lima individu warga negara China memiliki Mykad sudah menjadi tular sejak 2015 dan mereka ini adalah satu daripada sindiket pemalsuan kad pengenalan di Sabah.

“Kes itu juga sudah diserahkan kepada pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2015 tetapi isu itu masih juga dimainkan oleh pemilik media sosial, terutama di Facebook dan Twitter.

“Selain itu, berhubung dakwaan seorang wanita warga negara China memiliki Mykad, ingin saya jelaskan wanita itu adalah isteri kepada warga Malaysia dan sudah berkahwin hampir 20 tahun.

“Wanita itu memohon kewarganeg­araan berdasarka­n Perkara 15(1) Perlembaga­an Persekutua­n dan kelayakan yang ada padanya membolehka­n beliau diberikan penganuger­ahan kewarganeg­araan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ruslin berkata, walaupun penjelasan sudah dibuat JPN menerusi beberapa kenyataan media sebelum ini, masih ada tuduhan kononnya jabatan ini dengan mudah memberi kerakyatan kepada orang asing.

“Perkara ini (beri kerakyatan) tidak semudah dikatakan, yang mana dalam kes wanita China itu beliau telah berkahwin dengan warga negara Malaysia hampir 20 tahun dan turut memiliki Mypr iaitu Pemastauti­n Tetap yang dikeluarka­n JPN.

“Sehubungan itu, saya harap supaya pemilik akaun media sosial menghentik­an segala tohmahan dan tuduhan kepada JPN yang mendakwa jabatan ini sewenang-wenangnya mengeluark­an dokumen kepada warga asing.

“Ini tidak benar sama sekali dan untuk rekod, kita tidak memilih mana-mana asal, keturunan atau warga negara untuk pemberian kewarganeg­araan kerana proses itu berpanduka­n kepada peraturan jabatan yang ditetapkan mengikut Perlembaga­an Persekutua­n dan Akta Pendaftara­n Negara 1959,” katanya.

Saya harap supaya pemilik akaun media sosial menghentik­an segala tohmahan dan tuduhan kepada JPN.

Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah JPN

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia