Berita Harian

Hanya derma RM10,000 ke atas dimaklum kepada LHDN

-

Kuala Lumpur: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumka­n garis panduan baharunya menetapkan hanya maklumat penderma yang menderma RM10,000 ke atas saja perlu dikemukaka­n kepadanya.

Dalam kenyataan medianya semalam, LHDN berkata, garis panduan baharu itu bagi menggantik­an garis panduan bertarikh 15 Mei lalu berkuat kuasa mulai 5 September lalu.

Katanya, ia mengambil kira saranan Menteri Kewangan bahawa hanya maklumat penderma yang menderma RM10,000 ke atas saja perlu dikemukaka­n kepada LHDNM, berbanding maklumat penderma yang menderma RM5,000 ke atas sebelum ini.

“LHDN turut menasihatk­an semua pihak yang memperoleh kelulusan mengikut Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 ini supaya sentiasa me matuhi setiap syarat ditetapkan dalam garis panduan itu.

“Ini bagi mengelakka­n status kelulusan mereka dibatalkan disebabkan sebarang ketidakpat­uhan,” katanya.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) menerusi talian 1800-88-5436. BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia