Berita Harian

Saringan ketat lesen bauksit

Pastikan SOP baharu dipatuhi elak pencemaran berulang

-

Lipis: Proses saringan yang teliti terhadap permohonan lesen melombong bauksit akan dilakukan bagi mengelak pencemaran berulang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata saringan itu penting bagi memastikan mereka yang diberi lesen operasi perlombong­an dan pengekspor­tan bauksit memenuhi kriteria prosedur operasi standard (SOP) yang baru ditetapkan.

“Kita bersetuju mengguna pakai SOP ditetapkan Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli dan untuk pastikan ia berkesan, lesen operasi perlombong­an bauksit tidak boleh diberikan dengan mudah.

“Tapisan teliti dilakukan sebelum aktiviti perlombong­an boleh dimulakan dalam masa terdekat selepas kerajaan negeri selesai dengan permohonan lesen,” katanya selepas melancarka­n Projek Perumahan Makmur Tanjung Gahai di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Abd Rahim Muda, dan Pengarah Urusan Nilaitek (M) Sdn Bhd, Jay Teh Tze Jin mewakili pemaju yang akan membangunk­an perumahan itu.

Wan Rosdy memberi jaminan tindakan tegas termasuk menarik semula lesen akan dikenakan terhadap mereka yang gagal mematuhi SOP itu pada pemantauan bersama kerajaan negeri dan kerajaan Persekutua­n.

Mengulas mengenai perumahan Makmur, Wan Rosdy, berkata setakat 31 Ogos lalu, kerajaan negeri meluluskan 21 tapak projek membabitka­n 7,088 unit rumah Makmur antaranya di Kuantan, Temerloh, Bera, Maran dan Rompin.

“Daerah Bentong, Cameron Highlands, Pekan dan Raub diharap menerima manfaat rumah ini pada masa depan, bagi memberi peluang kepada penduduk kemudahan untuk memiliki kediaman sendiri.

“Projek rumah Makmur adalah lanjutan kepada usaha kerajaan negeri menyediaka­n perumahan mampu milik dengan harga menarik iaitu RM80,000 seunit, menjadikan permintaan­nya amat tinggi ” katanya.

Berhubung projek rumah Makmur Tanjung Gahai, Wan Rosdy berkata, jumlah rumah terbabit ialah 90 unit berkeluasa­n tapak rumah 1,300 kaki persegi dan tapak binaan 800 kaki persegi, yang akan dibangunka­n dalam tiga fasa dengan jangkaan siap pada 2021. BERNAMA

Kita bersetuju mengguna pakai SOP ditetapkan Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli dan untuk pastikan ia berkesan.

Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia