Berita Harian

Wartawan BH dapat e-mel ugutan bunuh

-

Kuala Lumpur: Pengurusan BH mengesahka­n seorang daripada wartawanny­a menerima ugutan bunuh berikutan satu laporan pendedahan yang dibuat akhbar ini beberapa hari lalu.

Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid, berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan, sebaliknya ancaman sedemikian akan menguatkan azam akhbar itu untuk terus gigih membongkar­kan sebarang berita yang membabitka­n masyarakat di negara ini.

“Setiap laporan disiarkan BH adalah berdasarka­n bukti diperoleh oleh wartawan kami.

“Jika ada pihak yang tidak puas hati terhadap mana-mana laporan BH, akhbar ini sentiasa memberi ruang kepada mereka untuk menyuaraka­n pandangan.

“Tindakan membuat ugutan adalah satu perbuatan pengecut dan tidak akan melentur semangat kami untuk mengejar kebenaran,” katanya.

Beliau berkata, berikutan ugutan yang diterima menerusi e-mel itu, satu laporan polis dibuat kelmarin.

“Kami berharap penghantar emel dapat dikesan serta tindakan sewajarnya diambil,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew, menuntut supaya polis menjalanka­n siasatan secepat mungkin terhadap tindakan mengugut wartawan.

Beliau berkata, NUJ mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sedemikian yang boleh didakwa sebagai kesalahan ugutan jenayah mengikut peruntukan undang-undang di negara ini.

“NUJ menerima laporan daripada cawangan New Straits Times Press (NSTP) mengenai seorang ahlinya yang juga wartawan menerima ugutan bunuh menerusi e-mel pada 8 September lalu.

“Polis harus menyiasat siapa dalang di sebalik tindakan ini dan heret mereka ke muka pengadilan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sung Chew berkata, manamana pihak yang tidak berpuas hati mengenai sebarang siaran berita mempunyai hak untuk membuat aduan menerusi saluran sepatutnya, berbanding membuat ugutan bunuh kepada wartawan.

Tertakluk dengan perundanga­n dan etika, katanya, wartawan turut mempunyai hak untuk ‘memburu’ kebenaran menerusi penyiaran artikel berkaitan.

Justeru, katanya, tiada pihak yang boleh menghalang golongan profesiona­l berkenaan daripada menjalanka­n tugas dengan bertindak secara sesuka hati.

“Semua ahli dan wartawan yang bernaung dengan NUJ diminta untuk tidak melayan ugutan secara lisan atau bertulis seperti ini, selain terus melaporkan­nya kepada pihak berkuasa bagi tindakan susulan.

“NUJ amat prihatin mengenai insiden ini dan akan terus memantau keselamata­n wartawan,” katanya.

Jika ada pihak yang tidak puas hati terhadap mana-mana laporan BH, akhbar ini sentiasa memberi ruang kepada mereka untuk menyuaraka­n pandangan.

Khaidir A Majid, Pengarang Kumpulan BH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia