Berita Harian

Cari ‘sesuatu’ selepas diajak solat

Lelaki Cina penuh masalah tak sangka langkah ke masjid beri ketenangan

- Oleh Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Alor Setar: Ketika hidup dirundung masalah gengsteris­me, hutang dan rumah tangga, seorang lelaki berketurun­an Tionghua menerima hidayah selepas dipelawa bersembahy­ang di Masjid Derga, di sini, tahun lalu.

Chee Yin Wei atau nama Islamnya, Abdul Rahman Abdullah, 38, dari Taman Derga Jaya di sini, berkata dia bersyukur dipilih Allah SWT menjadi seorang Islam dan kini hidupnya semakin tenang.

Beliau mengakui tidak pernah terlintas untuk memeluk Islam sehingga bertemu seorang rakan dikenali sebagai Adam di pekarangan masjid berkenaan untuk menceritak­an masalahnya.

“Apabila sampai di situ, saya diajak Adam untuk solat. Saya bertanya kepada Adam adakah saya boleh solat sedangkan saya bukan Muslim Adam kata boleh, lalu mengajar saya berwuduk dan menunaikan solat Asar itu.

“Saya hanya mengikut pergerakan solat sehingga selesai dan ternyata setiap sujud memberi ketenangan kepada saya, sejak itu saya sering memandang ke langit seperti mencari sesuatu,” katanya.

Saya hanya mengikut pergerakan solat sehingga selesai dan ternyata setiap sujud itu memberi ketenangan kepada saya, sejak itu saya sering memandang ke langit seperti mencari sesuatu.

Abdul Rahman Abdullah, Saudara baharu

Beliau ditemui pada Program Kacau Bubur Asyura Bersama Saudara Baru anjuran Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di sini, baru-baru ini.

Bekas cef sebuah hotel di Singapura itu, berkata selepas itu dirinya sedar apa yang perlu dicari adalah Tuhan yang mencipta manusia dan bermula dari saat itu, dia berhasrat memeluk Islam dan pergi ke masjid untuk mencari imam.

“Empat masjid yang saya pergi, tetapi tiada imam pada waktu itu. Pada masjid terakhir iaitu Masjid Jalan Pegawai, di sini, ketika menghidupk­an motosikal untuk pulang ke rumah, tiba-tiba bilal memanggil saya memberitah­u imam sudah sampai.

“Selepas mengucapka­n dua kalimah syahadah 7 Ogos tahun lalu di hadapan imam dan ahli jawatankua­sa masjid, saya akhirnya merasakan semua masalah selesai.

“Ketenangan yang saya peroleh tidak dapat digambarka­n dengan kata-kata, walaupun pada mulanya ibu saya tidak dapat menerima saya sudah memeluk Islam, kini dia insan yang menghantar saya menunaikan solat Jumaat di masjid,“katanya.

Bapa kepada dua anak itu berkata, kehidupann­ya sebelum ini hanya kelihatan hebat di sisi manusia, namun sebenarnya tidak menenangka­n jiwa dan jiwa yang tenang adalah dengan mengingati Allah.

Katanya, Islam juga agama yang sempurna dan mengajar manusia dengan penuh adab dan ilmu dalam setiap perbuatan walaupun mahu masuk tandas dan menukar pakaian.

“Saya dahulu sudah tiga kali dipenjarak­an, selepas peluk Islam saya tinggalkan dunia gengsteris­me, walaupun hidup saya kini susah tapi saya tetap bersyukur kerana berada di landasan dengan agama Allah,” katanya.

Abdul Rahman, beliau kini mengambil upah memasak, namun tidak selalu mempunyai tempahan.

Katanya, walaupun ada ketika terpaksa mengikat perut dan hanya makan mi segera, dirinya tetap menganggap ia rezeki Allah.

 ?? [Foto Noorazura Abdul Rahman/bh] ?? Abdul Rahman pada Program Kacau Bubur Asyura Bersama Saudara Baharu anjuran Lembaga Zakat Negeri Kedah, di Alor Setar, baru-baru ini.
[Foto Noorazura Abdul Rahman/bh] Abdul Rahman pada Program Kacau Bubur Asyura Bersama Saudara Baharu anjuran Lembaga Zakat Negeri Kedah, di Alor Setar, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia