Berita Harian

Padah beraksi ala Superman

13 remaja ditahan tunggang basikal lajak secara berbahaya

- Oleh Nor Azizah Mokhtar dan Hasbi Sidek bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Seramai 13 remaja yang asyik beraksi ala Superman dengan basikal lajak masing-masing di Jalan Impian Makmur, Saujana Utama, Kajang dekat sini, ditahan dalam Operasi Basikal Lajak, kelmarin.

Dalam operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bermula jam 6 petang, polis turut merampas 13 buah basikal lajak milik remaja berusia antara sembilan hingga 15 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata ketika ditahan, semua remaja terbabit dilihat menunggang basikal dengan aksi berbahaya dan tidak cermat ketika menuruni laluan berbukit di situ.

“Mereka dilihat menunggang basikal berkenaan secara berkumpula­n menuruni laluan berbukit di Jalan Impian Makmur sehingga ke Sekolah Kebangsaan Saujana Impian.

“Anggota BSPT yang menjalanka­n operasi kemudian menahan dan menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas mereka serta basikal lajak yang digunakan.

“Kita mendapati banyak basikal itu diubah suai dan tidak mengikuti spesifikas­i basikal biasa yang selamat digunakan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, semua remaja terbabit ditahan dan dibawa ke Cawangan Trafik IPD Kajang untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Sebaik pemeriksaa­n selesai, semua basikal lajak itu dirampas mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 manakala penunggang basikal pula disaman mengikut Peraturan 42(1)(a) LN166/59 di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.

“Pihak BSPT kemudian memanggil ibu bapa remaja terbabit dan diberi penerangan mengenai bahaya basikal lajak dan juga kesan kepada penunggang sekiranya berlaku kemalangan.

“Justeru, semua ibu bapa bersetuju untuk tidak mengambil semula basikal yang dirampas dan menyerahka­n kepada trafik untuk tindakan lanjut,” katanya.

Di Seremban, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superinten­dan Ibrahim Mohd Abdul Kadir, mengesahka­n polis dimaklumka­n mengenai rakaman video memaparkan kira-kira 10 kanak-kanak dan remaja melakukan aksi berbahaya menggunaka­n basikal lajak di Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), di sini, semalam.

“Polis sedang mengesan geng basikal lajak di sekitar Seremban ini, namun mereka bergerak pada waktu dan lokasi berbeza, jadi ia sedikit sukar.

“Bagaimanap­un, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurka­n kepada pihak kami untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 ??  ?? Antara kumpulan remaja yang ditahan dalam Operasi Basikal Lajak di Saujana Utama, kelmarin.
Antara kumpulan remaja yang ditahan dalam Operasi Basikal Lajak di Saujana Utama, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia