Berita Harian

Bekas vokalis kumpulan muzik ditahan miliki dadah

-

Johor Bahru: Seorang bekas vokalis kumpulan muzik terkemuka pada 1990-an ditahan ketika menaiki motosikal di Taman Perling di sini malam kelmarin, kerana memiliki sejumlah dadah.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 41 tahun yang pernah memenangi tempat ketiga pertanding­an realiti televisyen empat tahun lalu, ditahan bersama seorang rakannya kira-kira jam 11.30 malam.

Difahamkan, kedua-dua suspek ditahan selepas polis peronda yang melakukan pemeriksaa­n menemui sejumlah dadah dipercayai syabu dalam pemilikan mereka.

Ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, ketika dihubungi mengesahka­n penahanan terbabit, namun enggan mengulas lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia