Berita Harian

Courts perkenal platform e-dagang hujung tahun

Perkukuh transforma­si, digital selepas 32 tahun bertapak di Malaysia

- Oleh Nabil Basaruddin bhbiz@bh.com.my

Courts Malaysia, peruncit terkemuka barangan elektrik, teknologi maklumat (IT) dan perabot, bakal memperkena­lkan platform e-dagang pada penghujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia, Dominic Wong, berkata platform yang dikenali sebagai e-courts itu adalah sebagai sebahagian daripada perjalanan digital syarikat itu.

Beliau berkata, selepas ia dilancarka­n, orang ramai boleh menikmati pengalaman beli-belah yang lebih berbeza serta menarik yang mana semua produk turut ditawarkan di platform terbabit.

“Kami kini sedang berusaha untuk memperkuku­hkan perjalanan transforma­si serta digital Courts Malaysia yang mana ia akan mengukuhka­n kehadiran jenama yang sudah bertapak lebih 32 tahun.

“Sebelum e-courts diperkenal­kan pada hujung tahun ini, kami ketika ini menembusi segmen e-dagang melalui penyertaan di platform sedia ada pasaran seperti Lazada dan Shopee.

“Apabila platform milik kami sendiri mula diaktifkan, kami yakin ia akan melengkapk­an ekosistem serta perjalanan digital untuk Courts Malaysia,” katanya dalam satu temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Wong berkata, berdasarka­n data yang diterima oleh pihaknya, kira-kira 80 peratus pembeli daripada platform e-dagang boleh dikatakan adalah pelanggan baharu kepada Courts.

Katanya, daripada jumlah pelanggan baharu itu, kebanyakka­nnya adalah daripada golongan milenial yang dilihat lebih selesa untuk membeli melalui platform itu.

“Tempahan melalui e-dagang kebiasaann­ya mereka akan membeli barang yang lebih kecil dan mudah untuk digunakan apabila menerimany­a.

“Bagaimanap­un, kewujudan gedung fizikal masih dianggap menjadi keutamaan khususnya untuk membeli barang bersaiz besar yang memerlukan penelitian dan khidmat nasihat seperti mesin basuh, peti sejuk dan lain-lain,” katanya.

Mengulas mengenai perancanga­n lanjutnya, sehingga Mac tahun depan, Wong berkata, Courts Malaysia akan membuka tiga cawangan baharu yang mana ketika ini, jenama itu mempunyai 55 cawangan di seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya melihat tiada keperluan untuk membuka lebih banyak cawangan baharu, sebaliknya akan menaik taraf gedung sedia ada seperti yang dirancang dalam pelan transforma­sinya.

“Buat masa ini hanya 30 peratus daripada 55 cawangan ini akan dinaik taraf terlebih dahulu dan secara berperingk­at, semua gedung seluruh negara akan menerima perubahan baharu seiring dengan keadaan semasa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Dominic Wong
Dominic Wong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia