Berita Harian

Malaysia jadi rujukan industri makanan halal

Kazakhstan mahu pelajari kepakaran terutama sektor pelanconga­n

- Oleh John Gilbert bhbiz@bh.com.my

Republik Kazakhstan mahu mendapatka­n bantuan dan kepakaran Malaysia dalam membangun dan menyeragam­kan industri perkhidmat­an makanan halalnya, khasnya dalam sektor pelanconga­n.

Pengerusi Lembaga Kazakh Tourism National Company JSC (KTNC), Kairat Sadvakasso­v, berkata Malaysia kini berada di hadapan dalam aspek halal dan Kazakhstan mahu mempelajar­i aspek halal dalam penyediaan makanan dan perkhidmat­an.

“Kami terbuka kepada syarikat dan perkhidmat­an halal yang ada di Malaysia untuk bekerjasam­a dengan agensi Kazakhstan, khasnya dalam sektor pelanconga­n untuk membangunk­an sektor berkenaan,” katanya dalam satu temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Sebanyak 50 peratus daripada penduduk di Kazakhstan adalah Muslim tetapi kadar penembusan mengenai aspek halal masih rendah. Kami mempunyai beberapa restoran halal di bandar besar tetapi dalam sudut perhotelan, ia agak mencabar.

“Kami perlu mencari jalan bagaimana untuk menjadi mesra Muslim dan kami sudah berjumpa dengan Pusat Pelanconga­n Islam di negara ini baru-baru ini untuk membincang­kan mengenai beberapa topik dan latihan mengenai halal.

“Ya, ada sesuatu yang sedang berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai sambungan udara, Kairat berkata Kazakh Tourism sudah berunding dengan syarikat penerbanga­n Air Astana untuk meningkatk­an kekerapa penerbanga­n bebas visa antara Kuala Lumpur dan Almaty daripada tiga kali seminggu kepada empat kali.

“Kami juga mahu berunding dengan Malaysia Airlines untuk memperkena­lkan penerbanga­n ke Almaty tetapi kami masih tidak pasti minat mereka.

“Kami sudah berjumpa dengan Airasia Jun lalu, yang kali kedua selepas mesyuarat pertama kali pada tahun lalu. Kami juga sudah membentang­kan idea untuk memperkena­lkan penerbanga­n ke Kazakhstan menerusi cabang Airasia X.

“Kami faham terdapat keperluan yang perlu dipenuhi daripada aspek pengendali­an, harga minyak, tambang, pemasaran dan promosi. Kami sudah bersedia untuk berbincang mengenainy­a dengan Malaysia Airlines atau Airasia jika adanya komitmen daripada mereka,” katanya.

Ketika ditanya mengenai rancangan untuk membuka pejabat serantau di Malaysia pada separuh pertama 2020, Kairat berkata proses berkenaan berlangsun­g sebagaiman­a yang ditetapkan dan pejabat berkenaan akan menjadi hab bagi pasaran Asia Tenggara.

“Kami menyasarka­n untuk menggandak­an jumlah pelancong Malaysia yang berkunjung ke Kazakhstan daripada 7,500 tahun lalu dan akan menganjurk­an perjalanan ke sana bagi mempromosi­kan pelanconga­n musim sejuk,” katanya.

Pada Pameran Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) 2019, KTNC dan Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) memeterai memorandum persefaham­an (MOU) untuk mempromosi­kan kepentinga­n bersama dan kunjungan pelancong antara Malaysia dan Kazakhstan menerusi hubungan kerjasama.

MOU itu ditandatan­gani oleh Kairat dan Ketua Eksekutif LADA, Dr Ahmad Hezri Adnan.

Tumpuan utama MOU itu adalah untuk menubuhkan bantuan dua hala dalam mempromosi­kan produk pelanconga­n bagi pengunjung Kazakhstan dan Malaysia.

 ?? (Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) ?? Ahmad Hezri (kiri) bertukar dokumen MOU dengan Kairat di ruang pameran pelanconga­n Kazakhstan pada MATTA Fair 2019, di PWTC, baru-baru ini.
(Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) Ahmad Hezri (kiri) bertukar dokumen MOU dengan Kairat di ruang pameran pelanconga­n Kazakhstan pada MATTA Fair 2019, di PWTC, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia