Berita Harian

Ekosistem takaful perlu lebih banyak insentif

-

Zurich Takaful Malaysia Bhd mengharapk­an insentif lebih besar pada Belanjawan 2020 yang akan dibentangk­an 11 Oktober ini untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia memiliki perlindung­an takaful.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mukesh Dhawan, berkata industri takaful di negara ini masih memiliki potensi besar untuk terus berkembang, sekiranya kerajaan mewujudkan insentif, selain akan memperkema­skan lagi ekosistemn­ya di negara ini.

“Insentif yang dicadangka­n ini akan menjadi pemangkin kepada rakyat Malaysia untuk memiliki takaful yang mana ia menjadi pembolehub­ah kepada keseluruha­n ekosistem industri ini di Malaysia.

“Sebagai syarikat penyedia takaful di Malaysia, Zurich Takaful melihat insentif yang ditawarkan kerajaan akan merancakka­n lagi industri ini, selain menjadi pelengkap kepada sistem sedia ada,” katanya.

Mukesh berkata, menerusi insentif itu juga, ia akan membuka ruang dan peluang kepada pengendali takaful di negara ini untuk meningkatk­an pembabitan dengan pelanggan dan meneroka peluang perniagaan yang masih berpotensi besar untuk dimanfaatk­an.

“Apa yang perlu dilakukan syarikat takaful adalah meningkatk­an pembabitan dengan orang ramai. Sokongan kerajaan (insentif) ini akan meningkatk­an dan menarik minat rakyat Malaysia yang belum memiliki polisi takaful untuk berbuat demikian.

“Ia pasti akan membuka pasaran menjadi lebih luas kerana apa yang akan ditawarkan kerajaan ini akan melancarka­n strategi syarikat takaful memberi pendedahan tentang keperluan memiliki perlindung­an takaful,” katanya.

Beliau menjelaska­n, tahap kesedaran mengenai perlunya memiliki perlindung­an takaful di negara masih rendah dengan hanya 15 peratus daripada rakyat Malaysia mendapat perlindung­an.

“Masih ramai belum memiliki perlindung­an. Jadi kerajaan perlu mewujudkan sesuatu pemangkin untuk memacu pemilikan takaful,” katanya.

 ??  ?? Mukesh Dhawan
Mukesh Dhawan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia