Berita Harian

Sun Life optimis segmen insurans takaful

-

Sun Life Malaysia Assurance Bhd optimis segmen insurans takaful akan menjadi pemangkin syarikat pada masa depan, walaupun ia masih segmen produk yang baharu diperkenal­kan.

Ketua Negara Sun Life Malaysia, Raymond Lew, berkata momentum syarikat meningkat menerusi pengenalan Sun Infinity-i yang menyaksika­n penyertaan lebih 7,000 pelanggan setakat ini.

“Pengambila­n produk berkenaan sangat menggalakk­an dan jumlahnya meningkat dua kali ganda setiap bulan. Kami mengendali­kan kes bersaiz besar dengan RM50,000 setiap kes bagi segmen mewah,” katanya dalam satu temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sun Life mula memperkena­lkan Takaful Suria, iaitu produk haji takaful universal pertamanya pada 2015.

Susulan kejayaan itu, syarikat berkenaan kemudianny­a melancarka­n Takaful Mulia, tahun lalu dengan kerjasama dengan rakan kongsinya, CIMB Islamic Bank.

Lew berkata, pengenalan segmen takaful adalah selari dengan faktor demografi Malaysia yang memiliki lebih daripada 60 peratus Muslim.

“Ia menawarkan peluang besar dan kami berperanan untuk menyediaka­n penyelesai­an, seperti segmen sasaran.

“Produk berkenaan menyasarka­n segmen mewah dan sebagai permulaan, kami berusaha menyediaka­n pilihan tambahan kepada pelanggan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, syarikat juga melabur sejumlah besar sumber dan tenaga kerja bagi meningkatk­an latihan serta kemahiran.

Katanya, di Sun Life ada tiga kriteria utama yang dijalankan iaitu pelaksanaa­n, pembabitan yang pro-aktif serta menyediaka­n penyelesai­an bagi perniagaan dan masalah yang dihadapi.

“Justeru, kami menggunaka­n analisis data dan digital bagi mencapai matlamat itu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata syarikat juga mencatatka­n pertumbuha­n memberangs­angkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan momentum lebih daripada 30 peratus.

“Kami berharap pertumbuha­n baik itu dapat terus dikekalkan menerusi pendigital­an dan pengenalan beberapa produk takaful, menerusi pendekatan lebih holistik,” katanya.

 ??  ?? Raymond Lew
Raymond Lew

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia