Berita Harian

FHM 2019 pemangkin industri hotel, makanan

Pameran tarik penyertaan 1,500 syarikat dari 50 negara

- Oleh Nora Mahpar noramahpar@bh.com.my

Pameran Hotel dan Makanan Malaysia 2019 (FHM 2019) mampu menjadikan Malaysia sebagai platform rujukan bagi pembanguna­n industri makanan dan perhotelan, sejajar dengan komitmen negara untuk menjadi peneraju makanan dan minuman berkualiti di peringkat global.

Pengurus Besar Negara UBM Malaysia, Gerard Willem Leeuwenbur­gh, berkata pameran dwi tahunan yang memasuki siri ke-15 itu sangat ideal untuk syarikat yang menyasarka­n pasaran Malaysia, yang mana ia satu-satunya platform menawarkan akses secara terus kepada pelanggan dari pelbagai bidang seperti perhotelan, restoran dan perkhidmat­an makanan.

Katanya, peserta dapat melihat pelbagai peluang untuk mengembang­kan perniagaan di samping membolehka­n peserta industri kekal relevan dengan keperluan dan permintaan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah.

“Setiap edisi kami menjanjika­n pameran yang lebih besar dan lebih baik berbanding sebelumnya dengan peserta pameran 25 peratus lebih ramai pada tahun ini,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Pameran empat hari bermula 24 hingga 27 September ini dijangka meraih transaksi jualan berpotensi sehingga RM2.2 bilion, peningkata­n 25 peratus berbanding edisi sebelumnya.

Dengan keluasan pameran seluas 22,000 meter persegi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) membabitka­n penyertaan 1,500 syarikat dari 50 negara dan 10 pavilion negara, ia dijangka menarik lebih 28,000 pelawat dalam kalangan industri berkaitan makanan dan minuman tempatan dan antarabang­sa.

Antara tarikan terbaharu FHM 2019 adalah Pavilion Agrikultur dan Zon Makanan Robotik.

Mengulas mengenai penyertaan di pameran itu, Naib Presiden DKSH Malaysia Sdn Bhd, Michael Chew, berkata sebagai peserta aktif di pameran ini, pihaknya teruja untuk menyaksika­n pembanguna­n dan teknologi terbaharu yang akan diketengah­kan dalam pameran itu.

“Kami yakin dengan kehadiran wakil pemasaran kami di acara ini akan mengukuhka­n lagi perniagaan perkhidmat­an makanan kami dan meningkatk­an asas pelanggan serta meluaskan wilayah aktiviti pengedaran kami,” katanya.

Sementara itu, sebagai peneraju dalam pembuatan susu segar berkualiti tinggi, Dutch Lady Milk Industries Bhd, berpendapa­t FHM 2019 menyediaka­n platform tepat untuk memupuk kesedaran dan mendidik peserta industri terutama dalam segmen hotel, restoran dan kafe (Horeca).

“Kami mahu berkongsi pengetahua­n dan kepakaran kami mengenai susu bersama mereka dan Dutch Lady Malaysia adalah rakan kongsi strategik mereka dalam perniagaan,” kata Pengarah Pemasaran Pengguna Produk Susu Dutch Lady, Ramjeet Kaur Virik.

Dalam pada itu, Pengurus Operasi BGS Trading Sdn Bhd, Mohammad Sanusi Mahmood yakin pameran itu mampu meluaskan capaian pelanggann­ya dengan memberi lebih pengetahua­n mengenai perkhidmat­an yang disediakan.

 ?? (Foto Zulfadhli Zulkifli./bh) ?? Dari kiri, Leeuwenbur­gh, Mohamad Sanusi, Ramjeet dan Chew pada FHM 2019 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
(Foto Zulfadhli Zulkifli./bh) Dari kiri, Leeuwenbur­gh, Mohamad Sanusi, Ramjeet dan Chew pada FHM 2019 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia