Berita Harian

Brilliant Skin sasar Malaysia sebagai pasaran utama

-

Brilliant Skin Essentials, syarikat produk kecantikan dari Filipina menyasarka­n kadar penembusan pasaran lebih tinggi dalam industri halal global menerusi rangkaian produknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Brilliant Skin, Glenda DC Victorio, berkata pihaknya kini giat mempromosi­kan rangkaian produknya di beberapa negara termasuk Malaysia.

Glenda berkata, pihaknya yakin boleh memanfaatk­an rangkaian produk halal menerusi pasaran halal global yang dijangka berkembang dalam beberapa tahun akan datang.

Beliau berkata, berdasarka­n lebih 1.8 bilion penduduk Islam di seluruh dunia, Malaysia memiliki peluang luas untuk penembusan oleh pihaknya memandangk­an negara diiktiraf sebagai peneraju Petunjuk Ekonomi Islam Global oleh Pusat Pembanguna­n Ekonomi Islam Dubai dalam Laporan Ekonomi Islam Global yang dikeluarka­n pada Oktober 2018.

“Malaysia menjadi pasaran utama kami di luar Filipina. Malah pensijilan halal yang diperoleh oleh pihak kami bukan saja kepada semua produk, tetapi untuk kemudahan pengilanga­n kami.

“Pasaran produk kami di Malaysia juga boleh menjadi platform untuk mula meneroka ke pasaran serantau yang lain.

“Dengan pensijilan halal yang diperoleh dan kemampuan produk kami yang mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan, kami menyasarka­n dapat mencapai jualan sebanyak lebih tiga juta set tahun hadapan,” katanya.

Glenda berkata, ketika ini jualan produknya di Filipina melebihi 3.5 juta set sebulan dan dengan pertambaha­n jualan di Malaysia, pihaknya optimis prestasi kewangan syarikat akan merekodkan pertumbuha­n dua angka.

Beliau berkata, pihaknya juga menjalanka­n pelaburan sekitar RM1 juta bagi menjalanka­n kerjasama dengan selebriti tempatan, Mawar Rashid untuk penghasila­n produk baharu.

Malah pensijilan halal yang diperoleh oleh pihak kami bukan saja kepada semua produk, tetapi untuk kemudahan pengilanga­n kami

Glenda DC Victorio, Ketua Pegawai Eksekutif Brilliant Skin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia